Pengerusi PKR Johor Hassan Karim diharap menarik balik surat peletakan jawatannya memandangkan parti itu masih menyokong dan memerlukan kepimpinan beliau.
Menyatakan hasrat hati dan suara parti, Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse secara peribadi juga mahukan Hassan kekal sebagai tampuk pimpinan parti di negeri itu.
"Saya masih harap Pak Hassan boleh menarik balik surat letak jawatannya kerana kami di Johor masih sokong dan memerlukan pimpinan beliau.
"Kami tidak lupa kami (PKR Johor) berjaya menang tujuh (kerusi) parlimen dan lima DUN dan seterusnya membentuk kerajaan bersama komponen parti Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan beliau," katanya kepada Bernama hari ini.
Puah berkata demikian sebagai mengulas pendirian tetap Hassan hari ini yang kekal dengan pendiriannya yang mahu meletakkan jawatan meskipun keputusan itu belumpun diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
BACA: Terima tekanan, Hassan Karim letak jawatan Pengerusi PKR Johor
Ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengganti tempat Hassan, Puah berkata ia adalah perkara yang "pra-matang" untuk diulas.
"Seperti saya kata, saya masih hormat kepada pimpinan Hassan dan siapa Pengerusi Johor adalah kuasa Presiden. Tak perlu komen lebih buat masa ini," katanya.
Hassan dilaporkan turut menamakan Puah sebagai pengganti yang sesuai menggantikan dirinya.
Pada 20 Julai lepas, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Hassan atas alasan peribadi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2019
Hassan (gambar) dilaporkan menamakan Puah sebagai pengganti. - Foto Facebook
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Hassan Karim diharap tarik balik surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi PKR Johor - Jimmy Puah
Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse secara peribadi juga mahukan Hassan kekal sebagai tampuk pimpinan parti di negeri itu.