PUTRAJAYA: Wan Ji Wan Hussin dipenjara bermula Isnin selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini, berhubung sabitan kes menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, pada 11 tahun lalu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian apabila sebulat suara menolak rayuan sabitan Wan Ji kerana mendapati rayuan penceramah bebas berusia 41 tahun itu tidak bermerit.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Wan Ji terhadap hukuman dengan memerintahkan dia hanya dipenjara sembilan bulan sebagai mana yang diputuskan Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 April 2018.
Berdasarkan keputusan itu, Hadhariah yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang menambah hukuman itu daripada sembilan bulan kepada setahun.
Semasa membaca keputusan penghakimannya, hakim ini berkata, Wan Ji selaku perayu menyentuh isu Akta Hasutan 1948 dengan mendakwanya sebagai tidak berperlembagaan.
Bagaimanapun, Hadhariah berkata, tiada perkara yang salah mengenai undang-undang berkenaan sebaliknya kebebasan bersuara bukan hak mutlak bagi seseorang untuk berbicara sesuka hati.
Menurutnya, kebebasan bersuara tidak bermaksud semua pihak boleh bercakap dengan sesuka hati, kerana masih terdapat batas yang perlu dijaga.
Malangnya, beliau berkata, perkataan yang dikatakan dalam hantaran Facebook (FB Wan Ji) sememangnya tidak sesuai.
“Kalau (hendak) beri nasihat agama cakaplah dengan perkataan yang baik-baik, jangan guna perkataan yang tidak sesuai terutama terhadap Sultan Selangor kerana sekarang ada 3R (agama, raja, kaum), jadi hati-hati dengan perkataan sensitif ini.
“Jangan menyinggung perasaan atau memperkecilkan seseorang, sebaliknya amal sikap menunduk, jika kita bijak sekali pun dalam ilmu agama, usah memperlekehkan orang lain,” katanya.
Dalam prosiding pada Isnin, Wan Ji diwakili peguam, Muhammad Faiz Fadzil sementara pihak pendakwaan selaku responden diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling.
Pada 10 September 2014, Wan Ji didakwa menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam FB dengan nama wanji.attaaduddi.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada 10 pagi, 5 November 2012.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Pada 9 Julai 2019, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara setahun terhadap Wan Ji selepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara berhubung pertuduhan menghasut dan menghina terbabit.
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman meminda hukuman sembilan bulan penjara yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 9 April 2018, kepada setahun penjara selepas mempertimbangkan rayuan silang pihak pendakwaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023

Panel hakim menolak rayuan sabitan Wan Ji kerana mendapati rayuan penceramah bebas berusia 41 tahun itu tidak bermerit. - Gambar fail

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Hasut, hina Sultan Selangor: Wan Ji dipenjara hari ini
Wan Ji Wan Hussin dipenjara bermula Isnin selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, berhubung sabitan kes menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, 11 tahun lalu.

Kronologi kes Muhammad Sanusi atas tuduhan menghasut
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini.

Sanusi ditahan polis: Ahli, penyokong Pas diminta bertenang - Takiyuddin
Pas mengikuti rapat perkembangan melibatkan penahanan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu.

Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini
Muhammad Sanusi akan didakwa di dua mahkamah iaitu di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh pada 9 pagi.

Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi - KPN
PDRM menerima 31 laporan polis membabitkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi
Laporan polis dijangka dibuat di IPD Shah Alam pada jam 2.30 petang hari ini.