awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
07/02/2025
04:00 MYT
Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, setiap dakwaan atau kontroversi wajar diteliti secara objektif.
KUALA LUMPUR : Masyarakat disaran berhati-hati dengan fenomena budaya memboikot individu atau cancel culture yang sering diamalkan di platform media sosial.
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, setiap dakwaan atau kontroversi wajar diteliti secara objektif berlandaskan prinsip keadilan dan kewarasan, bukan sekadar dipengaruhi emosi atau tekanan kelompok tertentu semata-mata.
"Cancel culture ini adalah satu isu yang kompleks. Ada individu yang diboikot atas perkara remeh dan ada juga yang memang wajar dikenakan tindakan.
"Namun, kita tidak boleh menghakimi secara membuta tuli atau mengambil pendekatan pukul rata.
"Sebagai manusia, kita perlu bersikap bijak, tidak terus menghukum tanpa usul periksa," ujarnya dalam program Awani Pagi pada Jumaat.
Katanya lagi, sebaiknya, adalah penting untuk mengkaji dan melakukan proses timbang tara terlebih dahulu sebelum membuat sesebuah keputusan.
Cancel culture seringkali disasarkan kepada golongan dianggap bermasalah atau berperilaku negatif.
Budaya itu kebiasaanya tercetus di platform X, dan melibatkan golongan selebriti, pempengaruh, tokoh politik, bahkan agamawan.
Topic Berkaitan
#cancel culture
#X
#media sosial
#awani pagi
#psikologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan