awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati, rehat secukupnya sebelum mula perjalanan - PM

Bernama
Bernama
07/05/2022
06:47 MYT
Hati-hati, rehat secukupnya sebelum mula perjalanan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai ke arah orang ramai pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, hari ini. - Foto BERNAMA
BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang selepas tamat bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata ramai perantau sudah memulakan perjalanan kerana perlu kembali ke tempat kerja pada Isnin ini, menyebabkan banyak lebuh raya utama mengalami kesesakan, yang dilaporkan sudah bermula sejak semalam.
"Saya harap semua memandu dengan berhati-hati dan tidak memaksa diri. Jika penat atau mengantuk, saya harap boleh berhenti dahulu untuk berehat sebelum kembali meneruskan perjalanan untuk keselamatan diri dan keluarga.
"Jangan paksa diri untuk cepat sampai dan bagi saya, kita perlu mendisiplinkan diri semasa memandu," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong di sini hari ini.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata beliau percaya pihak berwajib seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta pengendali lebuh raya mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengatasi kesesakan yang berlaku setiap kali musim perayaan.
Lebuh raya utama mulai sesak sejak beberapa hari sebelum raya kerana orang ramai mengambil peluang untuk pulang menyambut hari raya selepas dua tahun tidak berbuat demikian ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Cuti panjang yang bermula sejak hujung minggu lepas sebelum disusuli pelepasan umum disebabkan Hari Pekerja pada Ahad lepas, diikuti pelepasan Aidilfitri menyebabkan ramai mengambil cuti untuk berada lebih lama di kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Keluarga Malaysia
#balik kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan