awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/02/2025
06:30 MYT
Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. - Foto Instagram officialsultanibrahim
TERDAPAT akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.

Ringkasan AI
  • Terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran. Akaun-akaun ini sering digunakan oleh "scammers" untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.
  • Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu tersebut.
  • Penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah kesalahan di sisi undang-undang, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh," kata kenyataan tersebut yang dimuat naik di media sosial rasmi, officialsultanibrahim pada Ahad.
View this post on Instagram
A post shared by King and Queen of Malaysia (@officialsultanibrahim)
Dalam masa sama, Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Sehubungan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#akaun palsu
#gambar Keluarga Diraja Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan