awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HAWANA 2022: PM saran inisiatif penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
29/05/2022
09:54 MYT
HAWANA 2022: PM saran inisiatif penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia
Ismail Sabri (kanan) melawat ruang pameran sempena Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Hotel Hatten hari ini. - Foto BERNAMA
BANDA HILIR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan penubuhan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan negara.
Jelasnya, pusat kajian itu boleh mengumpul data rujukan melibatkan semua bentuk kajian yang dilakukan ke arah memantapkan disiplin kewartawanan di Malaysia.
Beliau juga mencadangkan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia itu diwujudkan di Melaka, dengan mengambil kira sejarah tempat bermulanya perkembangan dunia kewartawanan.
"Ia juga boleh melibatkan interaksi dengan pelbagai bidang kemasyarakatan lain merentasi konteks budaya yang berbeza.
"Saya berharap pusat tersebut dapat dimanfaatkan oleh golongan akademik dan penyelidik menjalankan kajian sejarah serta perjalanan bidang kewartawanan di Malaysia dan juga di Nusantara," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Banda Hilir, Melaka pada Ahad. Pada majlis itu juga, Perdana Menteri mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti mengukuhkan hubungan media Malaysia-Indonesia serta negara-negara jiran lain.
Peruntukan itu juga diharap akan dapat merancang program kerjasama media kedua-dua negara seperti pertukaran wartawan, seminar, forum, bengkel dan webinar yang berupaya meningkatkan ilmu para pengamal media, selain menjadi jambatan dalam isu-isu berkepentingan bersama.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#HAWANA2022
#wartawan
#Malaysia
#Iswami
#Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan