IPOH: Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta laporan berita yang diterbitkan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sedang mengkaji ruang dalam peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan hak cipta bahan berita terpelihara, sama seperti karya muzik.
Beliau juga berharap agar agensi dan persatuan-persatuan media di seluruh negara dapat mengadakan perbincangan serta mengusulkan solusi tepat dalam membantu kerajaan berhubung isu tersebut.
“Perlu ada perbincangan merentasi persatuan dan organisasi media, dan daripada itu mungkin boleh jadikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) sebagai platform seperti Mesyuarat Agung Tahunan untuk mengusulkan perkara itu.
“Selain isu hak cipta berita, isu lain seperti caruman Pertubuhan Keselamatan Perkhidmatan Sosial (Perkeso) misalnya boleh dibincangkan.
“Dan selepas itu ia boleh dibawa kepada pihak menteri, kementerian atau agensi... kita akan mendengar pandangan itu dan boleh sama-sama mencari penyelesaiannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media ketika melawat Rumah Media Perak di Medan Istana, di sini bersempena sambutan HAWANA, pada Ahad.
Hadir sama, Timbalannya, Teo Nie Ching; Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi serta Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) Sayed Mohd Hesham Syed Idris.
Dalam lawatan itu, Fahmi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 khusus bagi menambah baik prasarana dan kemudahan di Rumah Media Perak.
Pada Jumaat sebuah akhbar tempatan melaporkan Sayed Mohd Hesham meluahkan rasa terkilan susulan banyak portal dalam talian dan laman media sosial memplagiat bahan berita agensi arus perdana.
Beliau juga meminta kerajaan untuk meneliti aspek penguatkuasaan undang-undang berkaitan pemeliharaan hak cipta bahan berita yang dilihat kerap menjadi 'mangsa' plagiat.
Amirrul Rabbani
Sun May 28 2023

Fahmi berkata, pihaknya sedang mengkaji ruang dalam peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan hak cipta bahan berita terpelihara, sama seperti karya muzik. - Gambar/ FB Fahmi Fadzil
Pesta Kanowit 2023 tarik penyertaan masyarakat luar
Pesta Kanowit 2023 tampil dengan pelbagai program menarik termasuk perlumbaan bot laju yang menarik 120 penyertaan termasuk dari Brunei Darussalam.
Penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu bakal tingkatkan sektor pelancongan Sarawak, Kelantan
Kewujudan semula sektor penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu oleh syarikat penerbangan Air Asia diyakini merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dan Kelantan, terutama dari sudut pelancongan.
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.

Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan
Media memainkan peranan penting sebagai medium untuk melontarkan pandangan kritis dan idea bernas bagi penambahbaikan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.