awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hayati, hargai persefahaman masyarakat majmuk sempena Thaipusam - Halimah

Bernama
Bernama
17/01/2022
16:31 MYT
Hayati, hargai persefahaman masyarakat majmuk sempena Thaipusam - Halimah
Halimah berharap semoga sambutan perayaan itu akan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengajak orang ramai menghayati, menghargai persefahaman dan kesepakatan masyarakat majmuk dalam sambutan Thaipusam, yang diraikan penganut Hindu, esok.
Beliau berharap semoga sambutan perayaan itu akan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurutnya, keutuhan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat jelas terbukti apabila bersama melalui pandemik COVID-19, situasi banjir dan pelbagai rintangan, termasuk masalah peribadi yang diselesaikan secara bersama.
Justeru, Halimah berkata dengan penuh keikhlasan beliau mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada rakyat Malaysia yang meraikannya, iaitu sambutan yang penuh bermakna bagi penganut Hindu menunaikan nazar, memohon keampunan, keinsafan dan mengucapkan syukur.
"Raikan Thaipusam dengan selamat dan patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Selamat menyambut Thaipusam kepada semua penganut Hindu Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#Covid-19 Malaysia
#Keluarga Malaysia
#halimah sadique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan