awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hayati mesej filem Tanda Putera dan jadikan ia satu iktibar - Shafie Apdal

Bernama
Bernama
31/08/2013
02:05 MYT
Hayati mesej filem Tanda Putera dan jadikan ia satu iktibar - Shafie Apdal
Semua pihak perlu mengambil iktibar dan peringatan daripada mesej yang hendak disampaikan menerusi sebarang filem yang memaparkan fakta sejarah, dan bukannya mengambil sikap negatif lantas terus menolaknya begitu sahaja.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagi sebuah filem sejarah, mesej yang hendak disampaikan adalah rentetan sejarah negara tanpa menokok tambah atau mereka-reka peristiwa.
Katanya apabila yang dipaparkan adalah kejadian buruk yang menimpa negara, ia seharusnya dijadikan iktibar dan ingatan kepada penonton supaya menjadikan sebarang peristiwa malang yang pernah berlaku dalam negara sebelum ini sebagai iktibar, agar ia tidak lagi berulang di masa hadapan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian semasa merujuk tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan pemilik pawagam di negeri itu supaya tidak menayangkan filem arahan Datin Paduka Suhaimi Baba yang berkisar mengenai peristiwa 13 Mei bertajuk "Tanda Putera" di pawagam masing-masing, kerana didakwanya mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat tempatan.
"Saya yakin dengan mesej yang hendak disampaikan (filem) itu, walaupun ia mungkin pahit, mungkin ada pihak yang terasa, tapi pada pandangan saya apa jua yang bertujuan mengingatkan orang ramai ke arah kebaikan, ia harus disokong," katanya.
Menurutnya arahan Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP itu, menunjukkan betapa DAP tidak menghayati konsep telus, walaupun ia selama ini kononnya memperjuang aspek berkenaan dalam pentadbiran.
Sementara itu, merujuk kepada tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waythamoorthy mempersoal tindakan polis dalam kejadian berbalas tembakan yang mengakibatkan lima anggota kongsi gelap terbunuh beberapa hari lalu, Shafie turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan.
"Sepatutnya kita selaku anggota pentadbiran harus mempunyai pendekatan bermuafakat dan mempertahankan isu-isu, langkah atau tindakan pemerintah, apatah lagi dalam konteks yang berkaitan keselamatan negara," katanya.
"Kita harus memainkan peranan positif, bagilah cadangan yang berpatutan bukan kita nak kutuk sahaja jentera ini (polis), yang kita banyak bergantung kepada mereka untuk menjaga ketenteraman awam," katanya.
Topic Berkaitan
#sejarah
#Shafie Apdal
#Tanda Putera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan