awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh

Bernama
Bernama
25/05/2024
02:19 MYT
HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh
Larian #YakinBoleh Belia Malaysia dianjurkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat dalam kalangan belia dan memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2024 yang berlangsung di Melaka. - Foto Majlis Belia Malaysia
MELAKA: Kira-kira 3,000 peserta memeriahkan Larian #YakinBoleh Belia Malaysia sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 di Banda Hilir di sini hari ini.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata larian sejauh 3.4 kilometer itu bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
"Program dikelolakan Gerakan Belia 4B Malaysia ini juga sebagai usaha menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat dalam kalangan belia dan memeriahkan sambutan HBN 2024 yang berlangsung di negeri ini.
"Sambutan yang diterima juga amat menggalakkan dan mendapat penyertaan pelbagai lapisan umur bukan sahaja golongan belia malah kanak-kanak dan warga emas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu pelepasan peserta disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim dan turut dihadiri Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Datuk Ridhwan Mohd Ali.
Sambutan HBN 2024 peringkat kebangsaan yang mengangkat tema 'Yakin Boleh' itu bermula sejak semalam dan berakhir esok membabitkan 72 aktiviti menerusi 10 segmen.
Sambutan HBN 2024 dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Larian YakinBoleh
#Hari Belia Negara
#VP Shanmugam
#Gerakan Belia 4B
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan