awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HBN 2024: MGBM gerakkan Tabung Solidariti Palestin, sasar kutipan RM1 juta

Bernama
Bernama
25/05/2024
03:00 MYT
HBN 2024: MGBM gerakkan Tabung Solidariti Palestin, sasar kutipan RM1 juta
Malam Solidariti Palestin yang menghimpunkan lebih 500 peserta diserikan dengan persembahan pidato berkaitan Palestin oleh wakil beberapa persatuan belia sebagai tanda solidariti untuk rakyat negara itu. - Foto MBM
MELAKA: Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) malam tadi menggerakkan Tabung Solidariti Palestin MGBM bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dengan sasaran kutipan RM1 juta, sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat kebangsaan.
Presiden MGBM Melaka Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata kutipan tabung itu mula digerakkan kepada pengunjung HBN 2024 yang berlangsung tiga hari bermula semalam dan turut digerakkan di semua peringkat persatuan belia di negeri itu secara berperingkat.
"Kutipan dana bagi tabung tersebut bagaimanapun digerakkan tanpa tempoh tertentu hingga sasaran berkenaan dicapai dan saya yakin jumlah itu mampu diperoleh.
"Sempena HBN 2024, saya dan rakan belia terutama di MGBM ingin melaksanakan usaha kecil ini yang mampu memberi impak besar pada perjuangan kita untuk rakyat Palestin," katanya kepada Bernama di Dataran Pahlawan di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Malam Solidariti Palestin sempena sambutan HBN 2024 peringkat kebangsaan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Mengulas lanjut, Khaidhirah berkata hasil kutipan itu akan disumbangkan kepada rakyat Palestin menerusi GPM Malaysia dalam usaha membantu meringankan beban dan penderitaan mereka yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Beliau berkata ia juga sebagai tanda sokongan Malam Solidariti Palestin yang menghimpunkan lebih 500 peserta dan diserikan dengan persembahan pidato berkaitan Palestin oleh wakil beberapa persatuan belia di dalam serta luar Melaka sebagai tanda solidariti untuk rakyat negara itu.
Menurutnya penganjuran program tersebut juga bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang keadaan sebenar dan semasa yang berlaku di Palestin, selain tanda sokongan serta pendirian belia Malaysia bersama rakyat Palestin.
Melaka menjadi tuan rumah sambutan HBN 2024 peringkat kebangsaan selama tiga hari bermula semalam dan sebanyak 72 aktiviti menerusi 10 segmen gaya hidup dilaksanakan sepanjang sambutan itu.
Sambutan HBN 2024 dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Gabungan Belia Melaka
#Tabung Solidariti Palestin
#Dira Abu Zahar
#Global Peace Mission
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan