awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hebahan pengambilan khas guru secara 'one-off' selewat-lewatnya petang esok - SPP

Bernama
Bernama
06/07/2021
14:13 MYT
Hebahan pengambilan khas guru secara 'one-off' selewat-lewatnya petang esok - SPP
Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' atau sekali sahaja seperti diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang Rabu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' atau sekali sahaja seperti diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang esok.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), selaku Pihak Berkuasa Melantik, dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.
"Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung graduan pendidikan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, SPP menyarankan calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas tersebut.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan Kementerian Pendidikan akan membuat pengambilan khas guru secara 'one-off' membabitkan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara terutama Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengambilan khas
#guru
#Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
#gred DG41
#one off
#Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
#SPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan