awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hebatnya kakak bomba!

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
19/12/2019
11:08 MYT
Hebatnya kakak bomba!
Mangsa dikendong secara bergilir-gilir oleh Pegawai Bomba Ana Wansuhana Abdul Rahim dan Nur Amalina Athirah Kamaruddin sejauh 100 meter. - JBPM
Tanpa bot bukanlah alasan bagi Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri Kelantan mengabaikan tugas mereka dalam menyelamatkan mangsa banjir.
Walaupun kawasan tidak boleh dimasuki bot, anggota bomba mempunyai cara tersendiri untuk menyelamatkan mangsa banjir dalam satu kejadian jam 3 petang Khamis.
Menurut Ketua Operasi Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Kelantan, Che Mohd Fauzi Che Omar, berkata, pihaknya menerima laporan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang mengenai kes menyelamatkan mangsa banjir.
Katanya, sebaik menerima laporan itu, pihaknya seramai lima anggota bergegas ke Taman Rantau Mas, Banggol Kulim, di sini, untuk menyelamatkan mangsa banjir.
"Namun sebaik tiba kami mendapati mangsa Rukiah Kunyah, 63, terperangkap di rumahnya dan tidak dapat keluar kerana menghidap penyakit kencing manis kronik selain kawasan sekitar rumahnya ditenggelami air sedalam 0.5 meter.
"Kaki mangsa tidak boleh kena air kerana sudah berkudis dan akan memburukkan lagi kesihatannya, jadi kami terpaksa kendong dengan menggunakan teknik piggy back carry," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mangsa dikendong secara bergilir-gilir oleh Pegawai Bomba Ana Wansuhana Abdul Rahim dan Nur Amalina Athirah Kamaruddin sejauh 100 meter.
"Kita terpaksa menggunakan khidmat pegawai perempuan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir terbabit.
"Mangsa seterusnya dibawa menaiki trak sebelum dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, di sini," katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#JBPM
#jbpm kelantan
#mangsa banjir
#operasi menyelamat
#Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan