KUALA LUMPUR:Sebuah helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 dilaporkan terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada Jumaat.
Menurut Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi.
“Helikopter berkenaan telah melakukan pendaratan cemas dan terhempas di kawasan lapang dan tiada kebakaran berlaku.
“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka berada dalam keadaan stabil serta hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mangsa dikenali sebagai Kharudin Dahlan (juruterbang), 73, mengalami kecederaan di tangan kiri manakala Moithu Kutti Mohamad (pembantu juruterbang), 53, mengalami luka kecil,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Norazam berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.
Afiezy Azaman
Fri Jan 01 2021

Sebuah helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 dilaporkan terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada Jumaat. -Gambar JBPM

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

AWANI Ringkas: Usaha kurangkan beban guru, KPM kaji wujudkan pembantu guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Helikopter terhempas di Brazil, 4 maut
Helikopter Robinson R44 Raven II dilaporkan dimiliki sebuah syarikat pengangkutan udara.

Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh
Sebuah helikopter awam terhempas di bandar kecil timur Yeongwol, Korea Selatan, pada Rabu, mengorbankan kedua-dua penumpang, menurut pihak berkuasa bomba dan polis tempatan.

Black Hawk terhempas di lebuh raya, 2 kru terbunuh
Helikopter milik Pengawal Kebangsaan Tennessee itu terhempas sekitar jam 3.30 petang waktu tempatan dan terbakar.

Biro Siasatan Kemalangan Udara mula siasatan insiden helikopter terhempas
Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Shamsuri Mohd Nor berkata pasukan itu tiba di lokasi pada 2 petang tadi bagi menjalankan siasatan.

Helikopter terhempas: Khidmat Pasukan Doktor Udara PKD Kinta ditangguh sementara
Perkhidmatan Pasukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta ditangguhkan sementara, susulan insiden helikopter terhempas semasa melakukan pendaratan cemas di Brinchang, Cameron Highla

Helikopter terhempas: "Saya mohon maaf..." - Juruterbang
"Walaupun ini ketentuan Tuhan, mungkin ia juga terjadi akibat kesilapan saya," kata Kapten Fedzrol Norazam.

Pesawat terhempas di Cameron Highlands, kes ketiga dilaporkan tahun ini
Insiden helikopter terhempas di Cameron Highlands semalam merupakan kemalangan ketiga melibatkan pesawat di negara ini, tahun ini.

Tindakan pantas juruterbang helikopter hubungi rakan, mudahkan kerja menyelamat
Tindakan pantas juruterbang menghubungi rakannya memberitahu helikopternya terhempas, membolehkan pihak berkuasa menjalankan operasi SAR dengan pantas.

Helikopter terhempas bawa Pasukan Doktor Udara rawat Orang Asli - Khairy
Helikopter yang terhempas di kawasan hutan di Brinchang, Cameron Highlands hari ini, membawa Pasukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta.

Nahas helikopter Cameron Highlands: BSKU MoT siasat lanjut - Wee
Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung nahas helikopter yang terhempas di Cameron Highlands, Pahang hari ini.