IPOH: Juruterbang dalam insiden helikopter terhempas ketika pendaratan cemas di Brinchang, Cameron Highlands semalam bersyukur kerana masih selamat walaupun kejadian itu hampir meragut nyawanya dan lima penumpang lain.
Kapten Fedzrol Norazam, 43, berkata, kejadian itu, bagaimanapun, tidak sedikit pun menggoyahkan perasaannya untuk kembali ‘ke udara’ dengan mengemudi helikopter.
Namun begitu, di sebalik perasaan itu, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia tetap mahu memohon maaf atas nahas udara yang berlaku itu.
“Saya ingin memohon maaf atas apa yang telah terjadi. Walaupun ini ketentuan Tuhan, mungkin ia juga terjadi akibat kesilapan saya.
“Kita tak tahu bagaimana ia boleh terjadi. Namun apa yang penting, semua berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui media di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, pada Khamis.
Terdahulu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menziarahi beliau dan lima mangsa lain yang terlibat dalam nahas helikopter di Brinchang pada tengah hari Rabu.
Dalam pada itu, Fedzrol turut menceritakan detik-detik cemas sebelum helikopter yang dikemudikan itu terpaksa membuat pendaratan cemas sebelum terhempas.
Katanya ketika dalam perjalanan pulang dari Kampung Gawin, Gua Musang menuju ke Ipoh, mereka berdepan dengan cuaca buruk yang memaksanya untuk menggunakan laluan udara alternatif.
Menurutnya lagi, nasib tidak menyebelahinya apabila seolah-olah berlaku ganguan udara di laluan alternatif tersebut sehingga Fedzrol gagal mengawal helikopter yang dipandu.
“Apabila tiba di ruangan laluan udara alternatif itu,saya terpaksa membuat pendaratan kecemasan dengan menggunakan teknik ‘pitch-up altitude’ supaya hentaman ke darat bermula pada ekor helikopter.
“Itu yang saya lakukan, namun ketika itu keadaan atau faktor angin tidak baik dan mungkin disebabkan itu juga hentaman helikopter telah menyebabkan saya tidak sedarkan diri sementara,” katanya lagi.
Fedzrol berkata beliau kembali tersedar selepas namanya dipanggil salah seorang petugas perubatan selepas helikopter itu terhempas dan menjadi yang terakhir keluar daripada bangkai kenderaan udara itu.
Dalam kejadian pukul 1.15 tengah hari Rabu lalu, helikopter berkenaan terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan berhampiran Brinchang.
Helikopter yang membawa enam penumpang termasuk juruterbang itu dalam perjalanan dari Kampung Gawin ke Ipoh, selepas selesai membuat lawatan berkala ke perkampungan Orang Asli berkenaan.
Akibat insiden itu, semua mangsa bagaimanapun terselamat dan berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari lokasi nahas secara berperingkat sehingga pukul 9.07 malam.
Amirrul Rabbani
Thu Oct 27 2022
Khairy Jamaluddin bertanya khabar Kapten Fedzrol Norazam ketika melawat juruterbang itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, hari ini. - Gambar Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas
Lima orang termasuk dua juruterbang, cedera selepas sebuah helikopter Tentera Laut Filipina terhempas pada Khamis di sebuah lapangan terbang di wilayah Cavite, selatan Manila.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban
Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad.
17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui
Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian.
Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel
Sebuah helikopter terhempas di atas bumbung sebuah hotel di Queensland Utara, Australia awal pagi Isnin, mengakibatkan juruterbangnya maut manakala dua individu lain cedera, lapor Xinhua.
Nahas helikopter di Nepal ragut nyawa juruterbang, 4 penumpang warga China
Helikopter yang membawa empat penumpang warga China itu terputus hubungan dengan menara kawalan di Kathmandu tiga minit selepas berlepas.
2 juruterbang maut helikopter bertembung, terhempas di Australia
Dua helikopter dilaporkan bertembung di udara pada Khamis di barat Australia, lapor Xinhua.
Helikopter hilang ditemukan di timur Rusia, 4 terkorban
Juruterbang dan tiga penumpang disahkan maut.
Bangkai helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun ditemukan di dasar laut
Bangkai sebuah helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) yang hilang pada April telah ditemukan di dasar laut pada Sabtu.
1 maut, 2 hilang helikopter terhempas di Hawaii
Seorang disahkan maut dan dua lagi masih hilang selepas sebuah helikopter terhempas ke laut di Kauai, Hawaii pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.