awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran kritik WEF atas dakwaan amal dwistandard selepas jemputan dibatalkan
'Counter setting': Tiga pegawai imigresen, peniaga kedai makan didakwa
[TERKINI] Bekas PTD dan isteri dituduh Khamis ini, bekas PAT pula pada Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HELP University laksana pemeriksaan keselamatan di kampus, lantik perunding bebas selepas insiden tragis

Bernama
Bernama
20/01/2026
14:10 MYT
HELP University laksana pemeriksaan keselamatan di kampus, lantik perunding bebas selepas insiden tragis
HELP University telah melaksanakan pemeriksaan keselamatan menyeluruh di kampus dan melantik perunding bebas susulan insiden tragis di kampus Bukit Damansara pada 12 Jan. - Foto HELP University
KUALA LUMPUR: HELP University telah melaksanakan pemeriksaan keselamatan menyeluruh di kampus dan melantik perunding bebas susulan insiden tragis di kampus Bukit Damansara pada 12 Jan.

Ringkasan AI
  • HELP University melakukan pemeriksaan keselamatan menyeluruh di kampus dan melantik perunding bebas susulan insiden tragis di Kampus Bukit Damansara.
  • Universiti tersebut mengenal pasti letupan berasal dari bilik pemampat sistem penyaman udara berpusat di bangunan terbabit, yang tidak diuruskan secara langsung oleh HELP University.
  • Sebagai tindak balas, HELP University melaksanakan pemeriksaan keselamatan pada sistem penyaman udara di semua bangunan kampus yang tidak terjejas, sementara kelas di kampus Bukit Damansara dijalankan secara dalam talian.

Universiti itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka memberikan kerjasama penuh kepada polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"HELP University kekal komited sepenuhnya untuk mengenal pasti punca insiden tragis yang berlaku di sebuah bangunan di Kampus Bukit Damansara.
"Sepanjang 40 tahun penubuhan, HELP University tidak pernah mengalami sebarang insiden yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kami mengambil segala langkah perlu bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang," menurut kenyataan itu.
HELP University memaklumkan walaupun pihak berkuasa belum mengeluarkan laporan penuh, petunjuk awal menunjukkan letupan itu berpunca dari bilik pemampat yang merupakan sebahagian daripada sistem penyaman udara berpusat di bangunan terlibat.
Universiti itu memaklumkan sistem penyaman udara berpusat itu tidak diuruskan secara langsung oleh HELP University sebaliknya di bawah pengurusan Amanahraya REIT selaku pemilik bangunan.
"Selain itu, HELP University telah melantik sebuah firma perunding forensik bebas Forensic Services Malaysia bagi membantu mengenal pasti punca insiden tersebut.
"Siasatan forensik ini selaras dengan prosedur operasi standard dan dasar universiti. Hasil siasatan akan dikongsi dengan pelajar, petugas serta pihak berkepentingan lain sebaik sahaja selesai," menurut kenyataan itu.
Sebagai tindak balas segera, HELP University juga melaksanakan pemeriksaan keselamatan terhadap sistem penyaman udara di semua bangunan kampus yang tidak terjejas di kampus Bukit Damansara dan Subang Bestari yang selesai pada 13 Jan, mengesahkan sistem itu selamat untuk beroperasi.
HELP University memaklumkan bagi bangunan terkesan insiden itu, Amanahraya REIT dengan sokongan penuh HELP University telah melantik perunding kejuruteraan bebas CHT International untuk menjalankan penilaian risiko dan keselamatan yang lengkap serta menyeluruh.
Bangunan yang terkesan juga kekal ditutup sehingga disahkan selamat sepenuhnya dengan semua kelas di kampus Bukit Damansara dijalankan secara dalam talian.
HELP University juga memaklumkan walaupun kampus Subang Bestari tidak terjejas dan mematuhi sepenuhnya semua piawaian kawal selia serta keselamatan, universiti itu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dengan melantik CHT International untuk menjalankan penilaian risiko dan keselamatan ke atas sistem mekanikal serta elektrikal di kampus itu.
HELP University memaklumkan mereka kekal komited untuk memastikan keselamatan semua kampusnya dan akan terus mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan semua pelajar serta petugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Help university
#pemeriksaan keselamatan
#kampus
#insiden tragis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan