[TERKINI] Bekas PTD dan isteri dituduh Khamis ini, bekas PAT pula pada Jumaat
![[TERKINI] Bekas PTD dan isteri dituduh Khamis ini, bekas PAT pula pada Jumaat [TERKINI] Bekas PTD dan isteri dituduh Khamis ini, bekas PAT pula pada Jumaat](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2026-01/51768821606_TBSPRM.jpg)
SPRM memaklumkan, kedua-dua tertuduh akan didakwa dengan empat pertuduhan setiap seorang di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan isterinya, akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Khamis ini (22 Januari 2026).
Ringkasan AI
- Panglima Tentera Darat (PTD) dan isterinya akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada 22 Januari 2026.
- Kedua-dua tertuduh akan menghadapi empat pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
- Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) turut didakwa pada 23 Januari 2026.
Selain itu, bekas PTD turut akan didakwa dengan dua pertuduhan tambahan di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, manakala isterinya akan berdepan satu pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.
Bekas PAT pula akan didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna kuasa, satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409, dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).
SPRM memaklumkan, siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia kini berada di peringkat akhir, dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Suruhanjaya menegaskan komitmen berterusan mereka dalam memastikan setiap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas, telus dan tanpa kompromi, selaras prinsip kedaulatan undang-undang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


