awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi negara catat pencapaian baik, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing - Fahmi
Jelajah trofi Piala Dunia ke Malaysia, suntikan semangat beraksi lebih baik - Gilberto Silva
Thailand pergiat banteras jenayah dalam talian, sasar laman sesawang perjudian

Iran kritik WEF atas dakwaan amal dwistandard selepas jemputan dibatalkan

Bernama
Bernama
21/01/2026
10:50 MYT
Iran kritik WEF atas dakwaan amal dwistandard selepas jemputan dibatalkan
Araghchi berkatam, WEF seharusnya bersikap adil dan konsisten dalam pendirian moralnya, sambil menambah bahawa ketidakkonsistenan itu mencerminkan kekurangan integriti moral dan intelektual. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata jemputannya ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, telah dibatalkan akibat tekanan politik daripada Israel dan sekutunya susulan ketegangan terbaharu di Iran.
Beliau turut mengkritik apa yang disifatkannya sebagai "dwistandard" oleh WEF, sambil menegaskan bahawa pegawai Israel terus dijemput ke forum tahunan itu meskipun rejim berkenaan meneruskan pencerobohan kejam terhadap rakyat Palestin, menurut Agensi Berita Mehr Iran.
Dalam satu hantaran di platform media sosial X, beliau berkata Presiden Israel Isaac Herzog menghadiri mesyuarat Davos pada Januari 2024, walaupun berdepan tindakan undang-undang di Switzerland berhubung dakwaan berkaitan situasi di Semenanjung Gaza.
"Ironi yang menyedihkan: genosid oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan pembunuhan beramai-ramai 71,000 orang awam yang tidak bersalah tidak mendorong WEF untuk membatalkan sebarang jemputan yang diberikan kepada pegawai Israel," katanya.
Beliau berkata WEF seharusnya bersikap adil dan konsisten dalam pendirian moralnya, sambil menambah bahawa ketidakkonsistenan itu mencerminkan kekurangan integriti moral dan intelektual.
Araghchi dijadualkan menyertai satu sesi di WEF pada 20 Jan, namun jemputan itu telah ditarik balik, menurut laporan media antarabangsa.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#WEF
#Iran
#Israel
#WEF batal jemputan Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.