awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal tahun satu wajar, laluan khas pelajar bersedia
Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar
'Alhamdulillah' - PM sambut positif pengukuhan ringgit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti beri pandangan isu daging seludup - Jakim

Bernama
Bernama
24/12/2020
00:29 MYT
Henti beri pandangan isu daging seludup - Jakim
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak agar tidak memberi ulasan dan pandangan berkaitan isu daging seludup kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kredibiliti kes.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata kes masih dalam siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan semua pihak diminta supaya menghormati proses tindakan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
"Perkara ini secara tidak langsung boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan boleh menjejaskan pengimport dan pengusaha industri daging negara yang telah mendapat pengesahan halal yang sah.
"Sebarang komentar yang tidak disertakan dengan bukti yang kukuh boleh menyebabkan timbulnya isu lain yang dikhuatiri menjejaskan kepercayaan terhadap pensijilan halal Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.
Abdul Aziz berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu penyeludupan daging dan penyalahgunaan kuasa hendaklah melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Beliau berkata kerajaan telah menetapkan bahawa pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada abatoir atau loji pemprosesan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jakim.
Beliau berkata daging dan produk daging yang diimport masuk perlu pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup
#JAKIM
#Halal
#KPDNHEP
#daging
#sindiket
#Abdul Aziz Jusoh
#kartel
#Daging sejuk beku
#logo halal
#China
#bungkus semula daging
#Senai
#gudang
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan