awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan khas
[KOLUMNIS] Sudan: Setiap misi kemanusiaan cabaran tidak sama
Lonjakan pelancong Muslim dorong Jepun tambah kemudahan ruang solat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
24/08/2019
05:43 MYT
Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman
ABDUL RAHMAN: Jangan kerana ketidakupayaan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik, usahawan bumiputera yang berwibawa menjadi mangsa. - Gambar fail
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini menyelar keputusan kerajaan yang dilaporkan tidak lagi memberi geran percuma kepada usahawan bumiputera, menyifatkan ia satu langkah drastik dan tidak produktif.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika benar bantuan geran modal kepada syarikat bumiputera itu dihentikan, banyak di antara usahawan bumiputera yang akan menjadi mangsa.
“Dana usahawan adalah salah satu cara mereka untuk mendapat modal untuk berniaga. Kalau tidak, mereka tidak akan berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan.
“Kerajaan perlu diingatkan bahawa membantu usahawan bumiputera adalah sebahagian daripada agenda besar bumiputera yang diiktiraf negara sejak merdeka.
"Agenda ini wajib diteruskan sehinggalah ia mencapai objektifnya,” katanya dalam satu kenyataan, mengulas laporan portal The Malaysian Insight pada Jumaat, yang memetik Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof.
Mohd Redzuan dilaporkan berkata, Putrajaya tidak lagi memberi geran percuma kerana tidak mahu usahawan terlalu bergantung kepada bantuan itu.
“
Jangan kerana ketidakupayaan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik, usahawan bumiputera berwibawa jadi mangsa
”
- Abdul Rahman Dahlan
Menurutnya, kebanyakan usahawan bumiputera hanya mengharapkan bantuan kerajaan tapi tiada ilmu dan daya tahan apabila menceburi perniagaan.
Bagaimanapun, Mohd Redzuan berkata, tidak semua pemberian geran usahawan bumiputera dihentikan kerana kerajaan masih memberi geran padanan melalui agensi bawah kementeriannya.
Kerajaan juga masih meneruskan pemberian geran dalam kategori penyelidikan dan pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada usahawan, tambahnya.
Menurut Abdul Rahman, keputusan kerajaan itu akan merumitkan lagi usahawan bumiputera, lebih-lebih lagi semasa bank-bank sekarang lebih konservatif dalam meluluskan pinjaman ketika negara berdepan kemelesetan ekonomi.
“Sewaktu zaman pemerintahan sebelum ini, jika pun ada kelemahan, baiki, bukan berhentikan. Jangan kerana ketidakupayaan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik, usahawan bumiputera yang berwibawa menjadi mangsa," katanya.
Sebelum ini pada September 2018, Mohd Redzuan pernah dilaporkan berkata, kementeriannya bercadang mengurangkan segala bentuk peruntukan mahupun geran percuma yang disalurkan kepada usahawan bumiputera dalam Bajet 2019.
Bagaimanapun, perkara itu masih lagi dalam peringkat perbincangan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#agenda
#Bajet 2019
#bantuan kerajaan
#bidang perniagaan
#Bumiputera
#dana usahawan
#ekonomi
#geran percuma
#kerajaan
#mangsa
#modal berniaga
#peruntukan
#UMNO
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan