Pegawai awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pemberian tender perlu menghentikan budaya 'entertainment dealing', minum kopi atau teh tarik bersama pemohon tender, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.
Beliau berkata, langkah pencegahan amalan rasuah seperti tidak keluar minum bersama pihak berkepentingan adalah penting dalam memastikan proses integriti adalah 'hidup' dan bukan sekadar mantra.
Menurutnya, dalam proses permohonan tender, terdapat pegawai yang cenderung untuk keluar berjumpa pemohon tender yang berpotensi di luar pejabat dan luar waktu pejabat untuk minum dan 'buat deal'.
"Saya tidak bermaksud tidak boleh berjumpa langsung. Jika pegawai itu mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen atau tender dan sebagainya, dia tidak seharusnya berjumpa dengan orang tertentu di luar (waktu bekerja) dan mengatakan ia sekadar minum-minum," katanya.
Ditemui selepas membentangkan kertas bertajuk 'Combatting Corruption: Corporate Scandals and Its Challenges' pada sambutan Hari Integriti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini, Latheefa berkata, langkah pencegahan rasuah perlu dipertingkatkan walaupun larangan pemberian hadiah sudah dilaksanakan.
Dalam kertas kerjanya, Latheefa berkata, 32 daripada lebih 100 GLC di negara ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi dalam amalan rasuah.
"Pegawai kanan SPRM ditempatkan di 32 GLC berkenaan sementara pegawai lain ditempatkan di GLC berisiko sederhana dan rendah. Mereka mengetuai Unit Integriti dan Governans (IGU) di GLC," katanya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober tahun lepas mengumumkan, setiap GLC wajib menubuhkan IGU dalam tempoh dua tahun.
Sementara itu, Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak dalam ucapannya berkata, MCMC dijangka melancarkan pelan anti rasuah organisasi pada awal 2020.
"Ia akan melibatkan pelbagai program dan sesi latihan kepada semua warga kerja supaya pengurusan, dasar dan prosedur MCMC mengutamakan integriti dan bersifat anti rasuah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019
Langkah pencegahan amalan rasuah seperti tidak keluar minum bersama pihak berkepentingan adalah penting dalam memastikan proses integriti adalah 'hidup' dan bukan sekadar mantra, tegas Latheefa Koya. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Henti jumpa di luar untuk 'minum-minum', pesan Latheefa Koya
Pegawai awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pemberian tender perlu menghentikan budaya 'entertainment dealing', minum kopi atau teh tarik bersama pemohon tender