MALAYSIA
Henti kejar populariti di sebalik kematian Zara Qairina

Mohd Khalid Ismail berkata, segelintir pihak mengambil kesempatan untuk memuat naik kandungan di media sosial. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Henti kejar populariti di sebalik kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, tegas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Kata beliau, segelintir pihak mengambil kesempatan untuk memuat naik kandungan berhubung kes itu di media sosial.
Beliau memberitahu, tindakan berkenaan bukan sahaja mengganggu proses siasatan, malah memberikan gambaran yang salah mengenai kejadian sebenar.
“Yang paling saya khuatir pada ketika ini adalah tindakan segelintir rakyat kita yang sentiasa inginkan populariti dengan mengeluarkan perkara-perkara ataupun menularkan isu-isu yang berkaitan dengan kes Zara ini melalui video-video pendek, TikTok dan sebagainya."Ia sekali gus memberikan gambaran yang tidak betul tentang kes yang sedang berjalan ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.
Khamis lalu, seorang guru Bahasa Inggeris dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini atas pertuduhan menyebarkan maklumat palsu yang mendakwa Allahyarham Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Video berkenaan kemudian tular di media sosial sehingga mencetuskan kekeliruan orang ramai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami