awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti politikkan kenyataan rasis - Timbalan Menteri KBS

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2021
08:48 MYT
Henti politikkan kenyataan rasis - Timbalan Menteri KBS
Ti Lian Ker berkata, kenyataan rasis ke atas atlet Malaysia tidak mencerminkan pendirian sesebuah parti atau kumpulan tertentu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu berhenti mempolitikkan insiden seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara, baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ini kerana perbuatan individu tersebut tidak mencerminkan pendirian sesebuah parti atau kumpulan tertentu.
"Janganlah kita mempolitikkan satu insiden semata-mata untuk menyemarakkan lagi api kemarahan.
"Tetapi apa yang penting adalah kita harus mengambil teladan bahawa rakyat Malaysia, Keluarga Malaysia tidak akan membenarkan perkara itu berlaku lagi," katanya ketika menggulung Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan P. Prabakaran (PH-Batu) yang mahukan supaya dalam bidang sukan, warna kulit tidak dibangkitkan kerana apa yang lebih penting adalah kualiti atlet.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran yang didakwa berbaur perkauman ditulis seorang pemilik akaun Facebook, terhadap pemain badminton perseorangan negara S Kisona selepas pemain itu tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.
Hantaran Facebook itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuk kecaman daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terbabit.
Topic Berkaitan
#BAM
#Dewan Rakyat
#rasis
#Kementerian Belia dan Sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan