awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti sebar video tular babitkan usahawan kosmetik - Zuraida

Bernama
Bernama
11/06/2021
23:36 MYT
Henti sebar video tular babitkan usahawan kosmetik - Zuraida
Zuraida turut menyeru semua pempengaruh supaya memanfaatkan medium itu sebaik mungkin dengan menyebarkan perkongsian maklumat bermanfaat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan penyebaran video melibatkan usahawan kosmetik yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak di bawah umur.
Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (Comwel) Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan perkara itu adalah bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada masyarakat dan dikhuatiri menyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan anak-anak.
"Sebagai ibu bapa, pantaulah aktiviti harian anak-anak kita agar tidak terjebak dalam perkara ini. Apatah lagi pada ketika ini, gajet seperti telefon bimbit merupakan medium perhubungan dan alat komunikasi asas yang penting buat mereka khususnya ketika pembelajaran secara dalam talian," katanya.
Beliau berkata usahawan itu perlu dikenakan tindakan kerana berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah membabitkan kanak-kanak menerusi video yang tular sejak 9 Jun lepas.
BACA: Usahawan kosmetik, rakan direman tiga hari
BACA: Suri rumah buat laporan polis terhadap usahawan kosmetik
Katanya tindakan usahawan itu adalah salah di sisi moral masyarakat serta undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Zuraida turut menyeru semua pempengaruh supaya memanfaatkan medium itu sebaik mungkin dengan menyebarkan perkongsian maklumat bermanfaat terutama ketika Malaysia dan dunia berdepan ancaman pandemik COVID-19.
Beliau berkata inilah masanya untuk pempengaruh media sosial menasihati pengikut masing-masing untuk mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai usaha bersama memerangi wabak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#lucah
#usahawan kosmetik
#Kanak-kanak
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan