KUALA LUMPUR:Kemelut politik di negara ini perlu dihentikan segera untuk beri laluan kepada pengukuhan ekonomi setempat serta menangani COVID-19.
Demikian tegas Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy mengulas mengenai situasi politik tanah air ketika ini.
Ujarnya, jika gagal memberi fokus, dikhuatiri lebih ramai rakyat Malaysia bakal menjadi gelandangan akibat masalah ekonomi yang mereka hadapi.
"Kita kena fokus dua perkara -- memperbetulkan dan mempertahankan ekonomi kita, nombor dua -- cari jalan menangani COVID-19. Dua ini sahaja kita fokus, enam bulan ataupun satu setengah tahun tidak mengapa, benda-benda lain kita ketepikan, fokus itu sahaja.
"Lepas itu nak lawan politik, lawanlah. Kita (negara) caca marba tiada fokus. Kita mesti ada fokus. Apakah fokus kita? Perkara paling serius adalah ekonomi kita.
"Kalau tidak, ramai orang tidak ada kerja, ramai tidak ada duit dan akan jadi gelandangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI mengulas mengenai isu politik ketika ini.
Tambahnya lagi, pemikiran rakyat dan pengundi perlu diubah jika mahu melihat perubahan politik di negara ini.
"Kalau kita nak reset, masalahnya bukan terletak pada ahli politik semata-mata. Ahli politik Malaysia memang 'beruntung', penyokong-penyokong mereka ramai yang taksub dan naif.
"Bila pemimpin mereka buat salah, cakap tidak serupa bikin, putar belit, buat u-turn dan tidak ikut peraturan dengan sendirinya, mereka (penyokong) akan mencari sebab-sebab untuk terus menyokong dan percaya, ini adalah penyokong politik.
"Kalau kita nak ubah politik Malaysia, kita kena ke arah baharu, kita kena ubah pemikiran rakyat dan pengundi dulu," katanya lagi.
Fareez Azman
Sun Dec 13 2020

Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy berkata kemelut politik di negara ini perlu dihentikan segera dan memberi laluan kepada pengukuhan ekonomi setempat serta menangani COVID-19. - Gambar fail

Cetak Rompak | Rakaman di sebalik tabir mampu buka mata masyarakat
Impak aktiviti cetak rompak bukan hanya menjejaskan syarikat penyiar kandungan kreatif malah ia memberi kesan kepada semua pihak terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sesuatu kandungan. Namun saban hari, perkara ini bagai tiada penghujungnya, apabila masih ada yang memilih untuk menonton kandungan secara haram.

Warisan | Surat letak jawatan adun sebatik digunapakai
Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan menghantar surat peletakan jawatan Hassan A. Gani Pangiran Amir kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sebagai mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN Sebatik jika melompat parti.

Perikatan Nasional | Dakwaan Muhyiddin sebagai puppet Tun M tidak benar
Dakwaan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai puppet atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri adalah tidak benar sama sekali.

Perikatan Nasional | Kerajaan PN terus berfungsi walaupun mencabar
Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mampu menguasai keseimbangan dari sudut politik, ekonomi dan sosial meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh setahun pentadbiran Perikatan Nasional. Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, meskipun berhadapan dalam keadaan sukar, perdana menteri tetap berupaya membawa kepada penyatuan parti politik.

Lelaki rentung kebakaran di perumahan setinggan
Seorang lelaki berusia 48 tahun maut dalam insiden melibatkan perkampungan setinggan di Taman Pandan Jaya pada Isnin malam.

10 Berita Pilihan - (01 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Consider This: Perikatan Nasional (Part 1) - How To Measure Success?
March 1st marks one year of Tan Sri Muhyiddin as the 8th Prime Minister of Malaysia, after the parliamentary coup that ousted the Pakatan Harapan government - infamously known as the ‘Sheraton Move’. In the past year, Malaysia has had to grapple with the triple-threat of health, political, and economic crises. How has the Perikatan Nasional government fared in its first year? Melisa Idris and Sharaad Kuttan speak to political scientist Wong Chin Huat.

PSR: Kerajaan Pulau Pinang lulus sagu hati RM500 untuk nelayan
Bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

Pemimpin UMNO jangan abai realiti masalah Melayu - Penganalisis
Kemelut yang melanda rakyat ketika tempoh pandemik ini sepatutnya diberi perhatian kepimpinan UMNO.

"Lain tergigit,lain yang pedas..."- Annuar Musa
"Lain tergigit,lain yang pedas.." kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) melalui satu ciapan di Twitternya pada Rabu.

Gelombang tidak percaya terhadap Muhyiddin, Perikatan Nasional dijangka berterusan - Penganalisis
Desakan tersebut akan terus kedengaran susulan kegagalan blok pembangkang menolak Belanjawan 2021 ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Politik Perak: Hadi Awang selesai menghadap Sultan Perak
Ahli Parlimen Marang itu dilihat keluar dari pekarangan istana kira-kira jam 11.39 pagi.

Hentikan kemelut politik, fokus ekonomi dan tangani COVID-19 - Anas Zubedy
"Ahli politik Malaysia memang 'beruntung', penyokong-penyokong mereka ramai yang taksub dan naif."

Kerajaan negeri tidak akan hilang fokus - Saarani
Satu mesyuarat telah diadakan pada Khamis malam dengan pegawai kerajaan, membincangkan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Rabu depan.

Politik Perak: Tiada majoriti beri ruang parti minoriti tawar gabungan strategik - Penganalisis
Kemelut politik serta pertukaran Menteri Besar di Perak dilihat memberi ruang kepada parti politik 'minoriti' untuk muncul dan menawarkan kerjasama.

Bersatu Perak belum mohon, tidak terima titah menghadap Sultan - Ahmad Faizal
Bersatu Perak sehingga kini belum memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung isu pelantikan Menteri Besar negeri itu.

Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak
Tiada majoriti mudah sekali gus gagal meyakini Sultan Perak untuk melantik Menteri Besar Perak Ke-14.

ADUN UMNO secara konsensus namakan Saarani, henti spekulasi - Shahrul Zaman
Semua ADUN UMNO, Barisan Nasional secara konsensus mencalonkan Datuk Saarani Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak sebagai Menteri Besar Perak.