Hentikan serangan ke atas institusi kehakiman - Pakatan Harapan

Astro Awani
Ogos 20, 2022 12:20 MYT
Majlis Presidennya dalam satu kenyataan berkata, kebebasan institusi kehakiman negara mesti dipertahankan sepanjang masa.
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menyokong kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk membawa mereka yang mengeluarkan sebarang bentuk ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, ke muka pengadilan.
Majlis Presidennya dalam satu kenyataan berkata, kebebasan institusi kehakiman negara mesti dipertahankan sepanjang masa.
"Serangan ini semakin menjadi-jadi terutama apabila perbicaraan rayuan Najib Razak (SRC) hampir ke penghujungnya. Malah serangan ini khususnya dari kalangan penyokong UMNO dan cybertroopers semakin bersifat ugutan termasuk ugutan bunuh terhadap Ketua Hakim Negara.
"Pakatan Harapan menegaskan bahawa kebebasan institusi kehakiman mesti dipertahan sepanjang masa, dan institusi tersebut wajib kekal konsisten sebagai salah satu tunggak utama dan tiang seri negara.
"Kami turut memberi peringatan tegas bahawa pimpinan parti-parti politik terutama UMNO perlu menghentikan serangan-serangan ke atas institusi kehakiman dan membenarkan proses perbicaraan berjalan hingga ke penghujungnya," katanya.
BACA: Lelaki disyaki ancam dan ugut Ketua Hakim Negara ditahan - PDRM
BACA: Ancaman kepada hakim tindakan melampau - Rais Yatim

Majlis Presiden: Hentikan Serangan ke atas Institusi Kehakiman Majlis Presiden Pakatan Harapan sangat terkejut dan amat dukacita dengan siri kenyataan pimpinan tertinggi UMNO yang dilihat menyerang institusi kehakiman. 1/5 pic.twitter.com/O9hF90KnT8

— Pakatan Harapan (@pakatanharapan_) August 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Pakatan Harapan #Najib Razak #Ketua Hakim Negara #Tun Tengku Maimun Tuan Mat #PH