KOTA KINABALU: Situasi semasa jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Sabah berada pada paras lebih 4,000 kes walaupun berlaku penurunan 27.17 peratus pada minggu epidemiologi ke-22 iaitu dari 29 Mei hingga 4 Jun 2022.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, pada minggu epidemiologi ke 22 itu 528 kes HFMD dilaporkan berbanding 725 kes pada minggu sebelumnya.
"Jumlah kumulatif kes HFMD di Sabah sehingga minggu epidemiologi ke-22 ialah 4,604 kes. Daripada jumlah itu sebanyak 4,224 kes atau 91 peratus dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.
"Melalui surveilans enterovirus, didapati 57 sampel positif (21 peratus) daripada 267 sampel yang diuji iaitu 39 sampel positif pan-enterovirus. Manakala 18 sampel positif Coxsackie A16.
"Kedua-dua virus ini menyebabkan penularan dalam komuniti di Sabah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dr Rose Nani menambah, lima daerah melaporkan kumulatif kes tertinggi iaitu Tawau dengan 715 kes; Sandakan (615 kes); Papar (470 kes); Lahad Datu (428 kes) dan Kota Belud (399 kes).
Jangkitan yang dilaporkan kebanyakannya berlaku di rumah persendirian atau pusat pendidikan awal selain kata beliau setakat ini tiada kematian disebabkan HFMD dilaporkan di Sabah.
"Keadaan wabak HFMD di Sabah masih terkawal. Aktiviti-aktiviti kawalan seperti perbincangan dengan pihak taska masih dijalankan dari semasa ke semasa," katanya.
Abdul Hafiz Mustadi
Fri Jun 10 2022

Dr Rose Nani menambah, lima daerah melaporkan kumulatif kes tertinggi iaitu Tawau dengan 715 kes; Sandakan (615 kes); Papar (470 kes); Lahad Datu (428 kes) dan Kota Belud (399 kes).

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5%.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982406/thumbnails/28747944061660351721926_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025 Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian #AWANInews #MalaysiaSihat

Hong Leong Bank diiktiraf bank PKS terbaik untuk kali ke-4 di Anugerah Perkhidmatan Kewangan Runcit 2022
HLB juga dinobatkan sebagai 'Bank PKS Terbaik di Malaysia' oleh Asian Banking and Finance baru-baru ini.

AWANI Pagi: AWANI Pagi: KLFW I Dimana KLFW membawa jenama lokal selepas 10 tahun
Acara fesyen, Kuala Lumpu Fashion Week (KLFW) telah sedekad meraikan bakat-bakat atau karya pereka fesyen tempatan. Namun apa pula yang akan dibawakan selepas 10 tahun ini? Bagaimana ia membawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa? Diskusinya dalam #AWANIPagi #AWANInews #MalaysiaSihat

Saraf Salman Rushdie putus akibat ditikam, mungkin buta sebelah mata
Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.

Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.

HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.

Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).

HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.

Kes HFMD Johor menurun pada minggu sekolah
Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukkan penurunan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 23 (Epid 23) (5 hingga 11 Jun) kepada 1,090 kes.

HFMD: Kumulatif kes di Sabah pada paras 4,000, turun sedikit di minggu ke-22
Situasi semasa jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Sabah berada pada paras lebih 4,000 kes walaupun berlaku penurunan 27.17 peratus.

HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes
Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam.

Kes HFMD dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi - Khairy
Menterinya, Khairy Jamaluddin menjelaskan ia berikutan kes membabitkan gelombang berkenaan adalah bermusim dan bersifat setempat.

HFMD: Perak kesan 8,032 kes, peningkatan 39.2 kali ganda
Perak merekodkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan peningkatan sebanyak 39.2 kali ganda setakat Sabtu lalu.