Kerajaan meminta kerjasama semua majikan termasuk sektor swasta untuk memberi kelonggaran kepada pekerja sekiranya anak mereka disahkan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ia bagi membolehkan pekerja bekerja dari rumah atau dibenarkan bercuti untuk menjaga anak berkenaan.
"Saya fikir majikan perlu bertimbang rasa, kalau tidak ibu bapa akan rasa serba salah dan tetap hantar anak ke sekolah atau taska sedangkan anak mereka (perlu) dijaga (kuarantin) di rumah agar wabak ini tidak berterusan merebak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Hannah turut meminta agar semua pusat beli-belah sentiasa memastikan kebersihan segala kemudahan yang disediakan termasuk troli, untuk membasmi kuman dan mengelak risiko dijangkiti wabak HFMD.
Timbalan menteri itu menasihati orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah waspada ketika berada di tempat awam serta mengurangkan aktiviti luar bersama keluarga pada waktu ini.
Wabak HFMD yang sebelum ini menular dalam kalangan pelajar sekolah di Pulau Pinang, Kedah dan Pahang dilaporkan mula merebak ke ibu kota apabila sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 di sini diarah tutup dan kesemua 36 muridnya diberi cuti 10 hari selepas empat daripada mereka dijangkiti HFMD.
Mengikut rekod Kementerian Kesihatan, 35,886 kes kumulatif wabak itu direkodkan di seluruh negara dari 1 Jan hingga 23 Julai tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
Hannah Yeoh menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berada di tempat awam serta mengurangkan aktiviti luar bersama keluarga pada waktu ini. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga
Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar berikutan negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lepas yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar
Jika ada gejala berkaitan suhu panas, segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah pada badan.
Cuaca panas: KKM nasihat aktiviti luar kelas ditangguh sementara
KKM menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu.
Ombak besar, Pulau Pangkor tangguh aktiviti laut
Rakaman video menunjukkan laut bergelora menghasilkan ombak lebih besar berbanding situasi biasa hingga melimpah ke laluan kenderaan.
Cuaca panas: Johor arah sekolah tangguh sementara aktiviti luar bilik darjah
Arahan berhubung perkara itu dikeluarkan kerajaan negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dua hari lepas.
Cuaca panas: Sekolah perlu hentikan aktiviti luar bilik darjah
Pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini.
Tip kekal cergas ketika cuaca panas
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengurangkan aktiviti luar.