KUALA LUMPUR: Penambahan bara arang dalam minuman kopi yang semakin menjadi trend kini merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM memaklumkan mana-mana pengusaha premis makanan yang didapati menghidangkan kopi bersama bara arang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.
"Kopi yang sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan tersebut hanya membenarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa atau madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan. Arang tidak dikategorikan sebagai makanan," menurut KKM dalam kenyataan kepada Bernama.
Kenyataan tersebut bagi mengulas laporan Bernama pada 16 Nov lepas yang melaporkan trend meminum kopi yang dimasukkan dengan bara arang di sebuah kedai makan di sini menjadi perdebatan netizen di media sosial, sejak beberapa minggu lepas.
Semuanya gara-gara dakwaan bahawa kopi yang dimasukkan dengan bara arang atau dipanggil "Kopi Joss" di Indonesia itu mempunyai keunikan rasa tersendiri selain dikatakan merupakan cara untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan.
Namun pakar kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meminum minuman berkenaan kerana boleh mengundang kesan buruk seperti kanser berikutan sifatnya yang karsinogenik serta kemungkinan usus tersumbat jika diambil secara kerap untuk tempoh masa yang lama.
Menurut KKM arang panas (bara arang) yang dimasukkan secara terus ke dalam minuman kopi adalah berbeza dengan arang diaktifkan, yang lazimnya digunakan dalam industri makanan kerana ia sudah diproses dan ditulenkan, sekali gus selamat untuk digunakan.
"Bagaimanapun, arang panas yang dimasukkan secara terus dalam kopi seperti yang ditularkan itu tidak dapat dipastikan, sama ada telah diproses dengan betul atau selamat untuk dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.
"Justeru, sebagai langkah pemantauan, siasatan akan dijalankan setelah KKM mendapat maklumat lengkap premis makanan yang ditularkan," menurut KKM.
KKM juga menyeru orang ramai yang ingin membuat aduan ke atas mana-mana premis makanan yang disyaki tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, supaya berbuat demikian di Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau menghubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
"Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar memilih kedai makan atau restoran yang bersih, terutama yang telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada kementerian," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Menurut KKM arang panas (bara arang) yang dimasukkan secara terus ke dalam minuman kopi adalah berbeza dengan arang diaktifkan. - Gambar hiasan
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Pelihara sekiranya tidak mahu kehilangan khazanah 'megadiverse' negara
Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi berbanding dengan negara-negara seperti Afrika dan Amerika Syarikat dan khazanah yang ada di negara ini harus dinikmati, disayangi dan dicintai demi masa hadapan untuk generasi yang akan datang.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China. Beliau diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis. Ketibaan beliau dan delegasi di hotel penginapan di Hong Kong disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin dan pegawai kanan kerajaan.
Polis Melaka tawar diskaun saman 50%
Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka.
Hidang 'Kopi Joss' satu kesalahan, boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun - KKM
Penambahan bara arang dalam minuman kopi yang semakin menjadi trend kini merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa.