awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh, Tan Sri Hasnah dilantik pengerusi
1,390 mangsa banjir masih di PPS, Sarawak catat pertambahan petang ini
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIDE tidak telus bendung COVID-19 - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2021
12:42 MYT
HIDE tidak telus bendung COVID-19 - Anwar
Menurut Anwar, pihaknya telah mencadangkan Jawatankuasa Khas Darurat supaya membuat penilaian bersama pakar-pakar, namun perlu telus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan ketelusan sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) yang dilihat tidak membantu membendung jangkitan COVID-19.
Menurut beliau, pihaknya telah mencadangkan Jawatankuasa Khas Darurat supaya membuat penilaian bersama pakar-pakar, namun perlu telus.
"Ini tidak berlaku, apa yang diungkitkan adalah soal kerahsian maklumat peribadi, kita tidak perlu dedahkan kepada jawatankuasa penyelidikan.
"Kita masih mempunyai pilihan untuk melindungi soal privasi dan data peribadi kita," katanya dalam satu rakaman video berdurasi 16 minit 48 saat yang dikongsi dalam Facebook beliau pada Selasa.
Justeru, Anwar yakin kerajaan perlu ada penelitian yang menyeluruh.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan soal pemberian vaksin yang pada awalnya dikatakan mampu menanggung sehingga 75,000 sehari.
"Tapi sekarang hanya lebih 20,000 individu dapat divaksin pada setiap hari. Kalau ikut perancangan awal, sekurang-kurangnya lima juta penduduk sudah divaksin setakat ini, berbanding hanya satu juta," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kementerian Kesihatan
#ismail sabri yaakob
#HIDE
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan