awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Bersih telan kos RM2.74 juta, Baju Merah belanja RM4.5 juta - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
27/10/2015
06:48 MYT
Himpunan Bersih telan kos RM2.74 juta, Baju Merah belanja RM4.5 juta - Ahmad Zahid
Berapa kos perbelanjaan untuk kedua-dua himpunan Baju Merah dan Bersih yang telah diadakan di ibu negara, baru-baru ini. - Gambar Fail
Sejumlah 191 pegawai dan 2,419 anggota lain-lain pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan bagi mengawal perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lepas.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia melibatkan kos keseluruhan yang diguna pakai sebanyak RM2.74 juta.
"Pihak polis telah membuat persiapan rapi bagi mengawal perhimpunan tersebut (supaya) tidak menimbulkan sebarang kekacauan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin tahu jumlah anggota polis dan kos yang ditanggung PDRM dalam perhimpunan Bersih 4 dan Himpunan Rakyat Bersatu.
Bagi Himpunan Rakyat Bersatu pada September pula, Zahid berkata seramai 263 pegawai polis dan 3,648 anggota lain-lain pangkat terlibat mengawal perhimpunan itu dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.5 juta.
Menurutnya, pasukan keselamatan berkenaan telah mengguna pakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan IPD Dang Wangi dan Cawangan Trafik.
Turut serta, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Cawangan K9 JSJ dan lain-lain elemen yang diselia Ketua Polis Kuala Lumpur, katanya.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#Himpunan Rakyat Bersatu
#Loke Siew Fook
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan