IPOH: Penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dirancang diadakan di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara, pada Sabtu mungkin berhadapan tindakan undang-undang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ini kerana penganjur perhimpunan berkenaan sehingga kini tidak membuat sebarang permohonan.
Katanya, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlu membuat permohonan mengikut prosedur di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam tempoh lima hari sebelum acara.
“Saya harap mereka (penganjur) buat (anjurkan perhimpunan itu) ikut prosedur, kalau tidak ikut prosedur, kita akan ambil tindakan.
“Hari terakhir untuk mereka buat permohonan adalah hari ini iaitu lima hari sebelum hari penganjuran acara tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Hari Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-44 di Pangkalan Latihan PGU, di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Pengarah Jabatan logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan serta Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim.
Dalam pada itu, Ayob Khan menegaskan selain polis, penganjur juga turut perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Dalam konteks ini, saya difahamkan perhimpunan itu akan diadakan di kawasan Sogo, oleh itu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Selain itu, mestilah tiada bantahan daripada masyarakat sekitar seperti pemilik-pemilik kedai atau Sogo sendiri yang akan buat bantahan dalam tempoh 48 jam. Itu syarat yang perlu dipenuhi oleh mana-pihak yang ingin membuat perhimpunan" katanya.
Pada Ahad, media melaporkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur Sabtu ini.
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, kempen dijadual bermula pukul 2 petang itu bertujuan membuka mata rakyat berkenaan isu semasa termasuk kes pelepasan pertuduhan 47 kes rasuah dan pengubahan wang haram Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Amirrul Rabbani
Mon Sep 11 2023
![Himpunan di Sogo:'Jika tiada permohonan, polis akan ambil tindakan' - Ayob Khan Himpunan di Sogo:'Jika tiada permohonan, polis akan ambil tindakan' - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694414961_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Ayob Khan berkata, penganjur perhimpunan berkenaan sehingga kini tidak membuat sebarang permohonan. - Gambar fail
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715217617_Protesters.jpg)
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
![Hujan tidak halang rakyat pamer sokongan, solidariti kepada Palestin Hujan tidak halang rakyat pamer sokongan, solidariti kepada Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698595884_TBpalestin.jpg)
Hujan tidak halang rakyat pamer sokongan, solidariti kepada Palestin
Cuaca mendung serta hujan di Selangor dan Pulau Pinang sejak petang tadi tidak menghalang orang ramai untuk berhimpun bagi menzahirkan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.
![Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697950156_FreedomForPalestin.jpg)
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.
![Himpunan di Sogo:'Jika tiada permohonan, polis akan ambil tindakan' - Ayob Khan Himpunan di Sogo:'Jika tiada permohonan, polis akan ambil tindakan' - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694414961_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Himpunan di Sogo:'Jika tiada permohonan, polis akan ambil tindakan' - Ayob Khan
Penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dirancang diadakan di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara, pada Sabtu mungkin berhadapan tindakan undang-undang.
![Ratusan ribu rakyat Mexico turun padang sokong presiden Ratusan ribu rakyat Mexico turun padang sokong presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669594747_March.jpg)
Ratusan ribu rakyat Mexico turun padang sokong presiden
Ratusan ribu rakyat Mexico berhimpun di ibu negara pada Ahad sebagai sokongan kepada Presiden Manuel Lpez Obrador.
![Penganjur, peserta himpunan '#kerajaan gagal' akan dikompaun - Polis Penganjur, peserta himpunan '#kerajaan gagal' akan dikompaun - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621917846_MohamadZainalAbdul.jpg)
Penganjur, peserta himpunan '#kerajaan gagal' akan dikompaun - Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah, seramai 20 individu dikesan berkumpul di padang Dataran Merdeka dengan membawa bendera hitam dan sepanduk, kira-kira 2.55 petang.
![Penganjur himpunan di Dataran Merdeka akan dikompaun - Polis Penganjur himpunan di Dataran Merdeka akan dikompaun - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626518397_Undi.jpg)
Penganjur himpunan di Dataran Merdeka akan dikompaun - Polis
Tiga individu yang dikenal pasti sebagai penganjur akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dikompaun.
!['Bulan' berkibar megah bersama 'Sang Saka Bangsa' di PWTC 'Bulan' berkibar megah bersama 'Sang Saka Bangsa' di PWTC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568333328_PasUmno.jpg)
'Bulan' berkibar megah bersama 'Sang Saka Bangsa' di PWTC
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih 10,000 pengunjung bakal membanjiri sekitar Dewan Merdeka, PWTC dengan acara kemuncaknya majlis tandatangan piagam kerjasama UMNO dan Pas.
![Himpunan Cinta Baju Melayu meriahkan sambutan Aidilfitri di Selatan Thailand Himpunan Cinta Baju Melayu meriahkan sambutan Aidilfitri di Selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51560002415_HariRayaAidilfitri.jpg)
Himpunan Cinta Baju Melayu meriahkan sambutan Aidilfitri di Selatan Thailand
Himpunan Cinta Baju Melayu melihat golongan muda dari tiga wilayah selatan Thailand mengenakan busana Melayu tradisional beramah mesra bagi mengeratkan silaturahim.
!['Bawa kanak-kanak kenapa? Akal mana akal?' Netizen kesal tindakan peserta #Himpunan812 'Bawa kanak-kanak kenapa? Akal mana akal?' Netizen kesal tindakan peserta #Himpunan812](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544239338_ICERD.jpg)
'Bawa kanak-kanak kenapa? Akal mana akal?' Netizen kesal tindakan peserta #Himpunan812
Netizen luah rasa kesal apabila peserta yang menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ICERD membawa kanak-kanak di beberapa lokasi.