awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Himpunan812: 5,000 mula berkumpul, bilangan dijangka meningkat - Ketua Polis Negara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/12/2018
02:46 MYT
#Himpunan812: 5,000 mula berkumpul, bilangan dijangka meningkat - Ketua Polis Negara
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyertai Himpunan 812 anjuran Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS Pusat di Jalan Raja Laut hari ini. - Bernama
Seramai 5,000 peserta perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) telah mula berkumpul setakat pagi Sabtu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menjangkakan angka itu akan meningkat menjelang pukul 2 petang.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah buat persiapan yang rapi untuk hadapi perhimpunan yang nampaknya dah bermula pagi ini. Sekarang kita jangkakan kira-kira 5,000 dah berkumpul.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, kita doakan tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan pihak polis akan membuat tinjauan 24 jam," katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berkhatan Perdana anjuran PDRM di Masjid Bukit Aman di sini.
Dalam pada itu, Fuzi menggesa peserta perhimpunan mengikuti nasihat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan jangan menimbulkan sebarang insiden kekecohan ketika berhimpun.
Perhimpunan kesyukuran menolak ICERD, setakat pagi ini, kira-kira 5,000 orang telah mula berkumpul dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga pukul 2 nanti. - @Fuzi_Harun #Himpunan812 #Daulat812 @501Awani pic.twitter.com/00DBNlOwCf
— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 8, 2018
11:15AM Sekitar SOGO kini dipenuhi peserta #Himpunan812 yang dianggarkan lebih 1,500 peserta.@501Awani pic.twitter.com/NbIrbPMNcS
— HilalAzmi (@HilalAzmi) December 8, 2018
LAPOR LANGSUNG: Perkembangan Himpunan 812
Topic Berkaitan
#Daulat 812
#himpunan ICERD
#Himpunan812
#jumlah peserta himpunan
#kawalan keselamatan
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan