JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dibuat terhadap seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.
Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.
"Bermula Ahad, kita akan minta semua Pemuda UMNO Bahagian dalam Johor buat laporan polis mengenai seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Dalam entri yang dipercayai sudah dimuat turun itu, antara lain beliau menyatakan tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk sultan dan Agong ketika solat Jumaat di negeri ini.
Beliau juga mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu dan memperjuang serta mempertahan Islam ketika agama diancam.
Berdasarkan perkongsian di media sosial, individu berkenaan yang dikenali sebagai Hezry Yasin.
Menurut Nor Azleen, amalan mendoakan ketua agama dan pemerintah di Johor merupakan kunci kesejahteraan dan keamanan negeri serta seluruh rakyat.
"Setelah sekian lama, amalan mendoakan Ketua Agama dan Pemerintah adalah sebahagian daripada rutin yang menjadi praktis di semua masjid dan surau seluruh negeri Johor.
"Bahkan, amalan ini bukan sekadar menjadi rutin setiap kali selepas solat fardhu Jumaat, malah ianya merupakan rutin wajib selepas solat fardhu pada setiap waktu di masjid dan surau di seluruh negeri," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 14 2024

Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad. - Foto Facebook/Noor Azleen Ambros
Penduduk Jepun siap sedia hadapi kemungkinan letusan Gunung Fuji
Satu panel yang dilantik oleh kerajaan Jepun mengeluarkan laporan yang menggariskan langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku letusan besar Gunung Fuji, yang boleh mengakibatkan penyebaran abu vulkanik dalam jumlah besar.
12 maut, 4 cedera dalam kemalangan van di Nuevo Leon, Mexico
Sebanyak 12 orang maut dan 4 lagi cedera selepas sebuah van terjunam ke dalam gaung sedalam 120 meter di Nuevo Leon, Mexico, sebelum terbakar dan mencetuskan kebakaran hutan. Beberapa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala yang lain disahkan maut di hospital. Pihak berkuasa mengerahkan sebuah helikopter untuk membantu usaha memadamkan api yang merebak pantas di hutan kering, dengan kira-kira dua hektar kawasan hangus sebelum kebakaran berjaya dikawal.
Erdogan kecam protes penahanan Datuk Bandar Istanbul, tuduh sebagai ‘gerakan keganasan’
Penahanan Imamoglu mencetuskan protes terbesar di Turki dalam lebih sedekad. Erdogan menegaskan parti pembangkang akan dipertanggungjawabkan atas kecederaan polis dan kerosakan harta benda.
Hamas terbit video tebusan Israel di tengah ketegangan Gaza
Hamas menerbitkan video dua tebusan Israel, Elkana Bohbot dan Yosef-Haim Ohana, seminggu selepas rundingan gencatan senjata dengan Israel gagal. Video itu menunjukkan mereka merayu untuk dibebaskan sambil berbicara dengan bekas tebusan, Ohad Ben Ami.
EU sokong pihak berkuasa Palestin mentadbir Gaza
EU menyokong Pihak Berkuasa Palestin sebagai pihak yang paling sesuai untuk mentadbir Gaza. Kaja Kallas mengutuk penyambungan semula perang di Gaza dan menyokong gencatan senjata. Beliau juga menegaskan bahawa keganasan oleh peneroka dan pembinaan penempatan baharu melemahkan prospek penyelesaian dua negara.
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
![[KOLUMNIS] Jenayah ekonomi akibatkan negara hilang berbilion ringgit [KOLUMNIS] Jenayah ekonomi akibatkan negara hilang berbilion ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706799363_tbGENERICRASUAH.jpg)
[KOLUMNIS] Jenayah ekonomi akibatkan negara hilang berbilion ringgit
Mengikut SPRM, Malaysia dianggarkan kerugian RM277 bilion akibat rasuah antara 2018 dan 2023, dengan purata kerugian tahunan RM55 bilion.

Transaksi penipuan sebanyak RM399 juta berjaya dihalang pada 2024 - BNM
Kes utama yang dilaporkan kepada polis termasuk penipuan telekomunikasi (31.6%), e-dagang (30.6%), pinjaman (15.4%), pelaburan (13.9%).

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.

Undi18 bukan penentu kerajaan pada PRN Johor - Noor Azleen
Walaupun golongan berkenaan mampu memberi kesan kepada naratif, landskap serta tumpuan parti-parti politik, namun ia tidak menjadikan mereka kuasa penentu pembentukan kerajaan.

Dakwaan Syed Saddiq pencen Ahli Parlimen jangkau RM100,000 sebulan tidak berlandas fakta - Noor Azleen
Noor Azleen Ambros berkata, ucapan Syed Saddiq itu bersifat semberono dan tidak bertanggungjawab.

Pecat Muhyiddin bukan satu penyelesaian - Noor Azleen
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berhujah, UMNO tidak mampu untuk kehilangan anggota dan jentera di saat-saat getir ketika ini.