awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2020
10:56 MYT
Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.
Ia juga susulan kenyataan Presiden negara itu, Emmanuel Macron yang mempertahankan tindakan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa karikatur menghina Nabi Muhammad ke dalam kelasnya.
Tegasnya, pendirian Macron menunjukkan sikap permusuhan terhadap Islam dan umatnya.
"Sekalipun dilakukan semata-mata untuk mendapat undi pilihan raya, kita tidak seharusnya menyalahkan pemuda itu sahaja yang bertindak melampau apabila bertindak membunuh guru yang melakarkan kartun menghina Rasulullah SAW, kerana Presiden Perancis dan pelukis kartun yang menghina Baginda SAW lebih melampau sehingga mencetuskan provokasi yang keterlaluan.
"Justeru, kami menyeru sekalian umat Islam dan warga Malaysia yang prihatin untuk memboikot barangan buatan Perancis sebagai tanda solidariti menentang provokasi terhadap kesucian Agama Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
Katanya lagi, Islam mewajibkan berdakwah kepada bukan Islam dengan konsep tiada paksaan dalam agama, namun jangan sesekali menghina agama lain sebaliknya berhujah dengan mereka.
"Penganut Islam yang beriman menyayangi junjungan besar, Nabi Muhammad SAW lebih daripada sayangkan ayah dan ibu mereka sendiri, kerana jasa Baginda SAW yang membawa kebaikan di dunia sehingga alam akhirat. Walaupun begitu, Islam juga mewajibkan umatnya berlaku baik kepada ibu dan bapa sekalipun mereka tidak menganut Islam," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Presiden Pas
#Abdul Hadi Awang
#seru
#Umat Islam
#boikot
#barangan buatan Perancis
#Presiden Perancis
#Emmanuel Macron
#karikatur Nabi Muhammad
#Charlie Hebdo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan