awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Nabi Muhammad: ABIM tuntut kerajaan India mohon maaf secara rasmi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/06/2022
13:11 MYT
Hina Nabi Muhammad: ABIM tuntut kerajaan India mohon maaf secara rasmi
Muhammad Faisal berkata, langkah itu penting memandangkan ia bukan kesalahan dilakukan seorang individu, tetapi kenyataan dibuat hasil kesepakatan ideologi daripada parti yang dipegang pemerintah. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut Kerajaan India membuat permohonan maaf secara rasmi kepada umat Islam seluruh dunia susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, langkah itu penting memandangkan ia bukan kesalahan dilakukan seorang individu, tetapi kenyataan dibuat hasil kesepakatan ideologi daripada parti yang dipegang pemerintah.
"Kita mengalu-alukan tindakan Malaysia, walaupun agak sedikit lewat. Tetapi, sekurangnya ada tindakan Malaysia ke atas apa yang berlaku apabila kenyataan rasmi dikeluarkan dan memanggil kedutaan India memberi penjelasan.
"Namun, (desakan) bagi kita ialah permohonan maaf secara rasmi oleh pihak kerajaan India. Ia bukan kesalahan individu tetapi ia adalah daripada kesepakatan ideologi parti hindu yang ekstreme, yang dipegang oleh parti pemerintah India.
"Kalau mereka tidak menyatakan permohonan maaf, bermaksud mereka memberi legitimasi menolak agama lain daripada terus subur di bumi India," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Beliau juga melihat tindakan boikot boleh dilakukan ke atas negara itu melalui rangka kerja dan dapatan data.
BACA: Malaysia kutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad
"Kita tidak boleh memandang rendah kekuatan perbuatan boikot kerana perjuangan menentang Aparthied di Afrika Selatan berjaya atas sebab boikot apabila dunia memboikot produk mereka.
"Begitu juga elemen boikot yang pernah dibuat ke atas Israel agar diberikan pengajaran supaya tidak menekan Palestin," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ABIM
#India
#hina
#Nabi Muhammad
#Muhammad Faisal Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan