JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) Johor akan membuat laporan polis berhubung hantaran komen di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Pengerusi PN Johor, Datuk Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata bagi tujuan itu, 26 bahagian akan digerakkan membuat laporan polis.
Jelasnya, PN Johor amat kecewa dengan insiden provokasi melampau itu memandangkan ia berlaku pada bulan Ramadan.
"PDRM diharap dapat melakukan siasatan menyeluruh kerana insiden itu amat sensitif dan menggugat keharmonian kaum.
"Begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dapat memainkan peranan lebih aktif untuk mencegah isu yang boleh menyentuh keharmonian kaum dan agama lain," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Bekas Menteri Besar itu menambah, sebagai masyarakat majmuk, berbilang agama serta kaum, semua pihak perlu belajar untuk saling menghormati antara satu sama lain.
"Janganlah sentuh isu yang sensitif sebegini terhadap kaum lain dan kepercayaan kaum lain.
"Kita seharusnya saling hormat-menghormati dan berkasih sayang," katanya.
Sebelum itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Tangkap layar hantaran komen berkenaan dipercayai dilakukan seorang pengguna akaun Facebook berasal dari Pontian, tular sejak Khamis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som dilaporkan berkata, polis setakat ini menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan.
Tambahnya, polis sudah selesai merakam keterangan pengadu dan membuka kertas siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 23 2024
Jelas Dr Sahruddin PN Johor amat kecewa dengan insiden provokasi melampau itu memandangkan ia berlaku pada bulan Ramadan. - Foto Sinar Harian
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hina Nabi Muhammad: PN Johor gerak 26 bahagian buat laporan polis
PN Johor akan membuat laporan polis berhubung hantaran komen di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Mesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan
Pengurusan Amanah Johor telah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan meminta pimpinan Pulai dan Bakri untuk mengemukakan senarai calon.
Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja - PN Johor
Segera bawa dalang rusuhan di Parit Raja: PN Johor