Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seumpama menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi sebuah video tular di laman sosial, pada Selasa.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.
Beliau berkata siasatan dijalankan selepas dua laporan polis yang dibuat di Balai Polis Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini, semalam.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Bernama.
BACA: Mohd Asri disiasat, bukannya dihukum - Menteri Dalam Negeri
Semalam, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan Mohd Asri bahawa anggota PDRM tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.
Pada Selasa, satu klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut, 42, dalam satu sidang media mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 12 2020

Pada Selasa, satu klip video memaparkan Asri dalam satu sidang media mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat. - Gambar fail BERNAMA

PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan.

TERKINI: Bekalan darah HRPZ II kritikal

Pasar Awam Apollo diarah tutup, gagal patuhi SOP
Keadaan di pasar itu didapati terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

COVID-19 | Adakah SOP ketika ini memadai bendung penularan?
Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dengan semalam kes harian baharu tertinggi direkodkan dalam negara iaitu 4,029 kes. Untuk mengulas mengenai perkara ini, bersama dengan kita ketika ini ialah Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

COVID-19 | JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui masjid, surau Jumaat, dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat.

Ozil dilapor tamat kontrak Arsenal, pindah ke Fenerbahce
Ozil, 32, tidak tampil bermain untuk Arsenal sejak Mac lalu dan dipinggirkan daripada skuad Liga Premier dan Liga Europa.

COVID-19: JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat malam ini
JAWI memaklumkan, antara pengisian program itu adalah solat Hajat, zikir dan doa munajat bermula pada malam ini, selepas solat Maghrib.

AWANI Ringkas: Zahid Md Arip nafi dakwaan Dr Mahathir | Libatkan suara rakyat dalam Jawatankuasa Bebas Darurat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Proklamasi Darurat | Bukan sehingga kiamat
Proklamasi darurat oleh kerajaan bukan kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlalu mengikut nafsu atau kehendak sendiri. Ini memandangkan proklamasi yang diperkenan Yang Di-Pertuan Agong itu, kata bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Senator Muhammad Zahid Md Arip. ....tidak bersifat kekal dan akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Proklamasi darurat | Kesan kedegilan pimpinan politik
Sementara itu, rakyat sedar pengisytiharan darurat adalah kesan kedegilan pimpinan politik yang tidak akur kepada titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menghentikan "politiking". Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Badrolhisham Mohamed @ Shafie berkata ketidakstabilan politik negara yang dicetuskan pimpinan parti pembangkang dan sebahagian kepemimpinan Barisan Nasional secara berterusan telah menghalang Perdana Menteri memberi tumpuan penuh kepada pengurusan COVID-19.

PKP: Cuti pegawai, anggota polis di seluruh negara dibekukan - KPN
Pembekuan cuti pegawai dan anggota polis dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum PDRM bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP 2.0: Kebenaran rentas negeri diberi atas budi bicara polis - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan budi bicara bagi mereka yang terkandas di sesuatu kawasan untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Suspek sunting video hina lagu Indonesia Raya disyaki warga seberang - KPN
Maklumat diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia di Sabah yang juga salah seorang suspek kes itu.

Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN
Siasatan kes berkenaan sudah hampir diselesaikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman

Polis perketat kawalan jualan peluru di Sabah, Sarawak - KPN
Langkah itu bagi memastikan kegiatan penjualan peluru kepada pemilik senjata api haram yang didakwa berlaku secara berleluasa dapat dibanteras.

Kartel daging: PDRM turut buka kertas siasatan - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas menerima beberapa laporan polis termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

PDRM akan rujuk penjenayah warga asing kepada Imigresen untuk diisytihar persona non grata
PDRM senada dengan Jabatan Imigresen dalam hal ini bagi mengekang kegiatan jenayah di dalam negara ini yang didalangi oleh warga asing.

Ketua sindiket, scammers perlu diisytihar 'persona non grata' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, selepas mereka diisytiharkan sebegitu, mereka tidak lagi akan dibenarkan memasuki negara ini untuk seumur hidup.

PDRM belum terima laporan rancangan serangan penggganas di India babit Dr Zakir Naik - KPN
PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.

Pegawai, anggota polis disaran tidak main Tik Tok, cemar imej PDRM - KPN
Beliau berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak "manis" dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform.