awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Raja Perlis, Mufti: Lelaki direman enam hari

Bernama
Bernama
23/03/2022
12:56 MYT
Hina Raja Perlis, Mufti: Lelaki direman enam hari
Suspek ditahan di rumahnya di Tanah Merah, Kelantan pada 10 malam tadi dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis kira-kira 3.39 petang. - Gambar hiasan
KANGAR: Seorang lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung perbuatan memuat naik hantaran berunsur penghinaan dan tidak beradab di lama sosial Facebook terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Tanah Merah, Kelantan pada 10 malam tadi dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis kira-kira 3.39 petang ini.
"Polis mendapat perintah reman untuk menahan suspek selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan/Seksyen 505 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan bekas exco Perlis, Datuk Ahmad Bakri Ali membuat laporan berhubung tindakan seorang lelaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan dan tidak beradab menerusi laman Facebook terhadap Raja Perlis dan Mufti di Balai Polis Kangar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hina raja
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
#Mufti Perlis
#Mohd Asri Zainul Abidin
#reman
#Polis Daerah Kangar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan