awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Sultan: Ahli Dewan Diraja Selangor lapor polis, tuntut MB Kedah mohon maaf

Bernama
Bernama
14/07/2023
13:40 MYT
Hina Sultan: Ahli Dewan Diraja Selangor lapor polis, tuntut MB Kedah mohon maaf
Lima ahli Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mempertikai kewibawaan institusi diraja Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Lima ahli Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mempertikai kewibawaan institusi diraja Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.
Mereka terdiri daripada Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Datuk Emran Kadir membuat laporan tersebut di Balai Polis Seksyen 6 di sini hari ini.
Mereka juga menuntut Muhammad Sanusi membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dengan kadar segera.
Emran berkata kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu disifatkan satu penghinaan kepada institusi diraja Selangor kerana melibatkan pelantikan Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang seolah-olah tidak wajar atau tepat.
"Tuanku (Sultan Selangor) boleh melantik siapa sahaja untuk menjadi MB Selangor, asalkan pemimpin berkenaan mendapat majoriti (termaktub) segi (dalam) perlembagaan. Tuanku telah melantik (individu yang) tepat dan tidak patut dipersoalkan.
"Kenyataan (Muhammad Sanusi) seperti MB yang dilantik tidak betul (layak), ini kami anggap kenyataan yang tidak wajar dan menghina institusi diraja Selangor. Kami tuntut permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran PN didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
Menerusi video tular tersebut, Muhammad Sanusi turut didakwa meremehkan pelantikan Amirudin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hina sultan
#MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor
#Dewan Diraja Selangor
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan