awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hina wanita bukan gurauan, pemimpin politik perlu bertanggungjawab'

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
07/08/2025
09:31 MYT
'Hina wanita bukan gurauan, pemimpin politik perlu bertanggungjawab'
GAP.MY menyeru agar semua pihak parti politik, institusi pendidikan, media dan masyarakat menolak naratif patriarki yang mempunyai unsur hinaan.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP.MY) menyuarakan sokongan penuh terhadap kenyataan tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung kenyataan seksis yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin Pas baru-baru ini.
GAP.MY dalam satu kenyataan menyeru agar semua pihak parti politik, institusi pendidikan, media dan masyarakat menolak naratif patriarki yang mempunyai unsur hinaan.
"Kita tidak boleh berdiam diri apabila wanita terus menjadi bahan jenaka atau analogi tidak bermoral. Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi contoh negara yang moden, progresif dan adil.
"Tetapi untuk itu berlaku, kita perlu bermula dengan satu kesedaran asas: bahawa wanita bukan lembu wanita adalah manusia, rakyat, pemimpin dan pembina masa depan negara," katanya.
Jelas GAP.MY, kepimpinan dalam masyarakat manusia berasaskan akal, etika, kebijaksanaan dan tanggungjawab dan bukan ditentukan oleh jantina, tetapi oleh keupayaan seseorang untuk memimpin, memberi inspirasi dan pencipta perubahan.
"Menggunakan analogi haiwan untuk menentukan struktur sosial manusia adalah satu bentuk penghinaan terhadap sejarah evolusi peradaban. Lembu bertindak berdasarkan naluri, manusia berdasarkan akal.
"Perbandingan ini bukan sahaja tidak masuk akal, tetapi menyesatkan dan berbahaya jika dijadikan sandaran dalam pembentukan dasar atau persepsi umum," katanya.
Azalina sebelum ini menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukan sahaja tidak wajar, malah berkemungkinan melanggar undang-undang sedia ada.
Beliau turut menasihatkan agar mana-mana pemimpin yang terlibat agar “either do better or lawyer up”, sebagai peringatan bahawa kedudukan politik tidak mewajarkan penghinaan terhadap wanita.
“Undang-undang tetap terpakai kepada semua tanpa mengira ideologi politik,” tegasnya dalam kenyataan sebelum ini.
Tambah GAP.MY, kenyataan yang menghina jantina dalam ruang awam berpotensi dikategorikan sebagai diskriminasi dan ucapan kebencian, sekali gus bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia, menurut pertubuhan itu, bukan sebuah negara tanpa asas perundangan.
"Perkara 8(2) Perlembagaan jelas melarang diskriminasi atas dasar jantina, dan sebagai negara yang telah meratifikasi Konvensyen CEDAW sejak 1995, Malaysia mempunyai tanggungjawab moral dan undang-undang untuk memastikan wanita dilindungi sepenuhnya," katanya.
GAP.MY turut menyambut baik komitmen kerajaan dalam menggubal dasar-dasar kesaksamaan gender seperti pindaan Akta Kerja 1955 dan usaha ke arah Akta Anti Diskriminasi Gender.
“Kami menyeru lebih ramai pemimpin politik tampil mempertahankan prinsip kesamarataan dan penghormatan terhadap maruah wanita. Malaysia hanya boleh maju ke hadapan jika semua rakyat, tanpa mengira jantina diberi ruang yang adil untuk memimpin dan menyumbang,” tambah kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#GAP MY
#diskriminasi
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan