awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin: ADMM setuju ketengah prinsip tidak guna kekerasan dalam pertikaian

Bernama
Bernama
29/08/2013
23:00 MYT
Hishammuddin: ADMM setuju ketengah prinsip tidak guna kekerasan dalam pertikaian
Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) bersetuju untuk mengetengahkan prinsip tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sebarang pertikaian termasuk berhubung Laut China Selatan dan sebaliknya perlu dibincang melalui bengkel, seminar dan dialog.
Mereka juga bersetuju membentuk kerjasama praktikal dalam bidang keselamatan siber dan pengurusan media sosial.
"Pada masa sama, semua menteri pertahanan yang hadir bersetuju memperkukuh hubungan dan interaksi antara pegawai tentera dan pertahanan di semua peringkat," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di akhir mesyuarat dua hari ADMM di Bandar Seri Bagawan, Brunei, pada Khamis.
Antara kata sepakat lain yang dicapai ialah persetujuan membentuk kerjasama serantau dengan bantuan sekretariat Asean, menangani isu akauntabiliti terutama bagi ulang tahun ke-10 ADMM dan meneroka kerjasama keselamatan dan pertahanan di ADMM dan ADMM-PLUS iaitu bersama negara rakan, seperti yang terkandung dalam aspek perkongsian maklumat dan kerjasama di kawasan sempadan antara negara.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata beliau mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Singapura, Vietnam dan Laos.
Beliau turut berbuat demikian bersama negara anggota PLUS termasuk Australia dan China.
"Antara isu yang dibincangkan ialah perkongsian idea dan pandangan mengenai isu keselamatan serantau dan antarabangsa termasuk kejadian yang berlaku di Mesir dan Syria," katanya.
Selain itu, perkara lain yang disentuh ialah usaha memperkukuh hubungan ketenteraan antara Malaysia dan negara-negara terbabit serta perbincangan mengenai kerjasama di masa depan dalam isu yang menyentuh kepentingan bersama.
Topic Berkaitan
#ADMM
#Hishammuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan