Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin hari ini memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi penundaan bagi tarikh operasi klia2 selepas tarikh beroperasi baru pada 2 Mei 2014 diumumkan baru-baru ini.
Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas di peringkat kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek itu.
"Jawatankuasa ini juga akan membantu pihak Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan syarikat kontraktor yang terlibat menyelesaikan mana-mana masalah atau kekangan yang timbul berkaitan projek ini.
"Jawatankuasa ini akan turut bertanggungjawab menerangkan kepada orang ramai berkenaan punca kelewatan dan kos tambahan yang dikenakan disebabkan oleh kelewatan ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke tapak projek klia2 di sini, hari ini.
Katanya jawatankuasa ini akan melaporkan perkembangan projek berkenaan kepada beliau setiap minggu bagi membolehkan beliau memantau perlaksanaannya secara lebih dekat.
"Saya berharap langkah ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dan prihatin dalam memastikan projek mega ini dapat direalisasikan demi kebaikan semua pihak," katanya.
Dalam lawatan tersebut, Hishammuddin telah diberi taklimat oleh pihak MAHB dan semua yang terlibat mengenai segala kekangan dan masalah kelewatan yang mereka hadapi sebelum ini.
"Saya telah diberi penjelasan mengenai perkara-perkara tersebut dan mendapatkan komitmen pihak MAHB dan kontraktor untuk sama-sama menyiapkan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan.
"Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari ke mana-mana pihak tetapi mahu memastikan projek ini dapat disiapkan demi keselesaan pengguna serta membantu merancakkan sektor pelancongan negara ini," katanya.
Bernama
Fri Jul 05 2013
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Pelan Induk Perkapalan Malaysia bakal dimuktamad hujung tahun ini
Pelan Induk Perkapalan Malaysia yang dirangka bagi merancak industri perkapalan negara bakal dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.
Tambang ERL: Kerajaan akan bertemu SPAD untuk kaji semula caj
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata kenaikan caj tambang ERL itu terjadi setelah 14 tahun kerajaan menolak kelulusannya.
Korea Selatan minat bida projek landasan HSR KL-Singapura - Aziz Kaprawi
Korea Selatan melahirkan minat untuk membida projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dicadangkan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
400 parameter data kotak hitam helikopter perlu dianalisis
Sejumlah 400 parameter rakaman data kotak hitam helikopter yang terhempas di Semenyih masih perlu dianalisis.
Kadar baharu tambang bas masih dalam perbincangan - Aziz
Kementerian Pengangkutan masih dalam perbincangan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung kadar tambang bas.
Ujian air kencing ke atas pemandu bas ekspres secara rawak sahaja - Aziz
Pemeriksaan air kencing ke atas pemandu bas ekspres oleh JPJ setiap hari di terminal bas adalah secara rawak sahaja, kata Aziz.
Hishammuddin beri jaminan tiada lagi penundaan tarikh operasi klia2
Sebuah jawatankuasa khas di peringkat kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek itu.