awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula esok

Bernama
Bernama
01/08/2021
09:28 MYT
Hishammuddin ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula esok
Wisma Putra memaklumkan semua mesyuarat itu diadakan menerusi sidang video dan dihoskan Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN 2021. - Gambar/ Instagram @h2oimage
PUTRAJAYA: Menteri Kanan Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijadual mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-54 (AMM ke-54) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan bermula esok (2 Ogos) sehingga 7 Ogos.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan semua mesyuarat itu diadakan menerusi sidang video dan dihoskan Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN 2021.
"AMM ke-54 kali ini menteri-menteri luar ASEAN akan membincangkan kemajuan Pembangunan Komuniti ASEAN; Keutamaan dan Hasil Utama AESAN termasuk strategi bersama pemulihan sosioekonomi COVID-19.
"Turut akan dibincangkan pelaksanaan Pelan Pembangunan Keselamatan Politik ASEAN 2025, isu serantau dan antarabangsa termasuk persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 yang dijadualkan pada Oktober 2021," menurut kenyataan itu.
Antara mesyuarat akan disertai Hishammuddin, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN+3 Ke-22 (APT FMM Ke-22); Mesyuarat Suruhanjaya Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ); Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) ke-23; dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-29.
Lain-lain mesyuarat ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-ROK; Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-China; Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Jepun; Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Amerika Syarikat dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Australia.
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia sebagai Negara Penyelaras untuk hubungan dialog ASEAN-Australia 2018-2021, Hishammuddin dan rakan sejawatannya dari Australia, Senator Marise Payne akan bersama mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Australia.
"Di akhir mesyuarat, Malaysia akan menyerahkan peranan sebagai Negara Penyelaras untuk hubungan dialog ASEAN-Australia kepada Laos.
"Malaysia juga akan mengambil alih peranan Negara Penyelaras untuk hubungan dialog ASEAN-Kanada daripada Myanmar selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Kanada," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan rumusan AMM Ke-54 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, menteri-menteri luar dijangka memperakukan beberapa dokumen, termasuk Kenyataan Bersama AMM Ke-54 yang akan memperincikan hasil perbincangan serta keputusan strategik yang dicapai semasa mesyuarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Malaysia
#Mesyuarat Menteri Luar ASEAN
#AMM
#Wisma Putra
#delegasi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan