Skip to main content

Malaysia

HKL nafi pakar bedah meninggal dunia akibat vaksin pada 3 Sept

61585304462_HKL.jpg
KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan mesej yang menyatakan bahawa seorang Pakar Bedah HKL bernama Dr Shafawati meninggal dunia pada 3 Sept lepas akibat vaksin seperti yang tular di media sosial.

Pihak HKL menjelaskan bahawa tiada pakar bedah HKL bernama Dr Shafawati yang meninggal dunia seperti didakwa.

Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita ditularkan yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan sebaliknya sentiasa merujuk sumber sahih untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 9 malam tadi.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video