awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China

Bernama
Bernama
25/12/2022
04:35 MYT
Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China
Pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh. - Gambar fail
BEIJING: Pemimpin Hong Kong pada Sabtu mengumumkan bandar itu akan membuka semula sempadannya dengan tanah besar China menjelang pertengahan Januari meskipun angka jangkitan COVID-19 meningkat, susulan langkah Beijing menggugurkan sekatan pandemik lapor UPI.
Bercakap pada sidang media sebaik pulang dari ibu negara China, Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee berkata pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh.
Beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar untuk melonggarkan sekatan adalah terpulang kepada kerajaan pusat.
"Saya mengumumkan bahawa pembukaan semula sempadan dengan tanah besar kini boleh dicapai.
"Kami berhasrat untuk berbincang dengan pihak berkuasa di Guangdong dan rancangan Shenzhen untuk membuka semula sempadan dan kemudian mendapatkan kelulusan (akhir) dari kerajaan pusat," kata Lee, lapor South China Morning Post.
Hong Kong dan Beijing menutup sempadan mereka pada awal 2020 apabila COVID-19 muncul di bahagian itu.
Shenzhen bersetuju untuk meningkatkan kuota ketibaan harian penduduk Hong Kong daripada 2,500 kepada 2,800 pada minggu lepas.
Pembukaan semula yang dirancang, bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik.
Pihak berkuasa kesihatan Hong Kong merekodkan lebih 21,000 jangkitan COVID-19 pada Sabtu, dan kes melebihi 20,000 bagi tempoh dua hari berturut-turut.
Sebanyak 39 kematian turut direkodkan.
Jumlah keseluruhan kes jangkitan di Hong Kong setakat ini berjumlah 2.46 juta kes dan 11,412 kematian direkodkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#China
#buka sempadan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan