Pihak berkuasa Hong Kong menolak permintaan rakan sejawatannya dari Singapura untuk menahan ahli perniagaan Low Taek Jho kerana didakwa melakukan pengubahan wang haram dan berurusan dengan dana berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dua tahun lalu, lapor Bloomberg.
Laporan itu berkata demikian sebagai memetik jurucakap polis Singapura yang menyatakan bahawa terdapat dakwaan di mana Singapura tidak meminta bantuan untuk jutawan kelahiran Pulau Pinang yang berusia 37 tahun itu ditangkap.
Menurut jurucakap itu, permintaan itu dihantar ke Jabatan Kehakiman Hong Kong pada April 2016 di bawah perjanjian penyerahan pelaku pelarian antara kedua-dua wilayah.
Permintaan Singapura ditolak oleh pihak berkuasa Hong Kong, “jurucakap itu memberitahu Bloomberg, tanpa menjelaskan alasan penafian”.
Menurut jurucakap itu lagi, polis Singapura mengeluarkan waran tangkap untuk Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low pada April 2016 selepas siasatan dan tuduhan terhadap kes berkenaan termasuk menjadi individu penting kepada Malaysia dalam siasatan berkaitan 1MDB.
BACA: Jho Low tinggalkan Macau - KPN
BACA: Tunggu 'lampu hijau' dari Macau sebelum cekup Jho Low - KPN
BACA: Jho Low berada di Macau - KPN
BACA: Najib jawab kenapa Jho Low diberi peranan penting
Interpol mengeluarkan notis merah untuk Jho Low pada tahun yang sama atas permintaan Singapura dan kedua-dua waran tangkap Singapura dan notis itu masih berkuatkuasa.
Jabatan Kehakiman Hong Kong memberitahu Bloomberg bahawa ia tidak memberi maklum balas mengenai kes itu namun wakil Jho Low tidak segera membalas email berkenaan.
Terdahulu, South China Morning Post melaporkan, Jho Low dipercayai telah melarikan diri dari Macau sama ada dengan kereta atau jet peribadi.
Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.
Sinar Harian
Wed Jul 11 2018
Interpol mengeluarkan notis merah untuk Jho Low pada 2016 atas permintaan Singapura dan kedua-dua waran tangkap Singapura dan notis itu masih berkuatkuasa. - Gambar fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.
Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Najib nafi bertanggungjawab atas kerugian AS$1 bilion dalam pelaburan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa beliau bertanggungjawab bagi kerugian pelaburan AS$1 bilion dalam usaha sama 1MDB dan PetroSaudi.