awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, pakar ekonomi UK bincang strategi inovasi dan transformasi digital

Bernama
Bernama
04/08/2025
22:50 MYT
PM Anwar, pakar ekonomi UK bincang strategi inovasi dan transformasi digital
Perdana Menteri Anwar (tiga dari kanan) menerima kunjungan Pengarah Pengasas Institut bagi Inovasi dan Tujuan Awam UCL London, Dr Mariana Mazzucato (tiga dari kiri) di pejabatnya di Putrajaya pada Isnin. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pakar ekonomi inovasi yang juga Pengarah Pengasas Institut bagi Inovasi dan Tujuan Awam dari Kolej Universiti London (UCL), United Kingdom Profesor, Dr Mariana Mazzucato.
Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, pertemuan itu antara lain membincangkan kepentingan strategi berorientasikan misi yang menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan transformasi digital.
"Turut disentuh ialah keperluan memperkasa perkhidmatan awam yang moden dan tangkas sebagai tunjang kemajuan negara.
"Profesor Mazzucato juga berkongsi pandangan bahawa Malaysia perlu menangani cabaran sistemik, memperkukuh strategi digital, memupuk inovasi dan membina kemahiran masa depan demi kejayaan transformasi jangka panjang negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#pakar ekonomi UK
#Dr Mariana Mazzucato
#perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan