awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2022
04:15 MYT
Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam
Ratusan pengunjung terkandas di Bukit Bendera susulan perkhidmatan funikular alami kerosakan pada petang Ahad. -Sinar Harian/ihsan pembaca
GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memohon maaf kepada ratusan pengunjung yang terkandas di pusat peranginan tersebut pada Ahad.
Dalam kenyataannya, PBBPP menyatakan kekesalannya selepas perkhidmatan funikular di Bukit Bendera mengalami gangguan pada jam 4 petang.
Kata kenyataan itu lagi, hasil siasatan mendapati, berlaku kebocoran pada hos brek trek menyebabkan perkhidmatan funikular tersebut dihentikan.
"Pasukan penyelenggaraan PBBPP memerlukan sedikit masa untuk menggantikan bahagian tersebut sebelum menghidupkan sistem dengan sepenuhnya.
"Kejadian berlaku pada jam 4 petang tadi (Ahad) namun perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.45 petang," katanya.
Kata PBBPP, pihaknya berterima kasih kepada Persatuan Penduduk Bukit Bendera dan polis yang pantas menghulurkan bantuan kepada pengunjung ketika kejadian tersebut.
"PBBPP berterima kasih kepada semua pengunjung atas kesabaran mereka terhadap gangguan perkhidmatan.
"PBBPP juga amat menghargai usaha Persatuan Penduduk Bukit Bendera yang menyediakan perkhidmatan jip, perkhidmatan bas, dan polis atas tindakan pantas dalam menangani situasi kecemasan yang berlaku tadi (Ahad).
"PBBPP kesal dengan kejadiaan yang berlaku dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.
"Kita amat menghargai kefahaman dan sokongan penduduk serta pengusaha perniagaan," kata PBBPP lagi.
PBBPP turut menegaskan bahawa pihaknya amat menitikberatkan dan mengutamakan perkhidmatan funikular dan keselamatan penumpang.
Sebelum itu, tular di media sosial klip video serta hantaran oleh pengunjung yang merungut berhubung masalah perkhidmatan funikular di Bukit Bendera.
Daripada hantaran yang dibuat, dilihat ratusan penumpang terkandas di stesen bawah serta di puncak bukit tersebut akibat gangguan tersebut.
Meninjau pada beberapa komen mendapati, kebanyakkan pengunjung merungut mengenai perkhidmatan tersebut yang didakwa kerap berlaku, malah ada yang berkongsi pengalaman mereka terkandas di pusat peranginan tersebut sebelum ini.
Untuk rekod, perkhidmatan funikular Bukit Bendera pernah beberapa kali mengalami gangguan sebelum ini sehingga menyebabkan ratusan pengunjung terkandas di pusat peranginan tersebut.
Masalah itu bagaimanapun telah ditangani segera oleh PBBPP dan perkhidmatan funikular tersebut kembali beroperasi seperti biasa. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bukit Bendera
#PBBPP
#pengunjung terkandas
#funikular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan