awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Seri Botani tawar perkhidmatan pada harga berpatutan

Bernama
Bernama
05/03/2023
21:45 MYT
Hospital Seri Botani tawar perkhidmatan pada harga berpatutan
Ng Chee Hoong mendengar penerangan oleh pegawai perubatan semasa melawat Hospital Seri Botani di Ipoh, 5 Mac 2023. --fotoBERNAMA
IPOH: Hospital Seri Botani milik penuh Hospital Pinji Sdn Bhd yang menjanjikan akses kesihatan dengan harga berpatutan setakat ini berjaya mencatat hasil sebanyak RM128,000 sejak dibuka dua minggu lepas.
Ketua Pegawai Operasinya Ng Chee Hoong berkata dalam tempoh itu juga, hospital swasta tersebut telah menerima kemasukan seramai 634 pesakit.
"Daripada jumlah tersebut, seramai 154 adalah pesakit luar manakala bakinya adalah pesakit yang dimasukkan ke wad," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Katanya antara rawatan yang diterima oleh pesakit meliputi pemeriksaan kesihatan, pembedahan, rawatan kecemasan dan pembedahan am.
Beliau berkata penduduk di sekitar Simpang Pulai, Gopeng, Batu Gajah, Seri Iskandar, Pengkalan, Lahat dan Cameron Highlands antara penerima manfaat daripada penubuhan hospital baharu itu.
Selain peralatan dan teknologi perubatan yang canggih, jarak hospital itu yang mengambil masa 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh dan kira-kira 18 kilometer dari bandar raya Ipoh memudahkan lagi akses orang ramai untuk ke hospital tersebut.
Katanya hospital tersebut menawarkan tenaga pakar pelbagai bidang antaranya bius dan radiologi serta 12 orang perunding kesihatan yang memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap pesakit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Seri Botani
#Hospital Pinji Sdn Bhd
#harga berpatutan
#Ng Chee Hoong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan